Satu resepi ringkas...pais tempoyak.
Tetapi selalunya orang guna untuk ikan tetapi kebetulan masih ada dua keping daging kambing frozen didalam peti ais jadi untuk kali ini kita bertukar selera sikit.
Dan satu lagi, kebanyakkan akan menggunakan oven untuk memasak pais tetapi saya cuma guna pemanggang ajaib sahaja. Bezanya, lebih cepat dan mudah.
PAIS TEMPOYAK DAGING KAMBING (BroZam)
Bhn2nya:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2in kunyit hidup
5 biji cili padi
2 helai daun kunyit - satu diricik dan satu lagi dijadikan pembalut semasa memasak
2in halia
2 sb tempoyak
garam dan gula secukupnya
aluminium foil
Cara2nya:
- Defrost, bersihkan dan tos kepingan daging kambing
- Potong aluminium foil secukup untuk membalut daging kambing. Letakkan terus diatas pemanggang ajaib dan sehelai daun kunyit dilapik didalam
- Blend bawang, kunyit, cili padi, daun kunyit dan halia.
- Kemudian gaulkan tempoyak atau boleh juga di blend sekali
- Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa
- Letakkan pais diatas aluminium dan ratakan
- Letakkan daging diatasnya
- Kemudian pais yang selebihnya diratakan diatas daging
- kemudian tutup aluminium foil/ boleh juga dibiarkan terbuka untuk memudahkan melihat samada daging dan masak atau belum
- Panggang diatas api kecil selama sekurang-kurangnya 25minit atau sehingga masak.
- Boleh dimakan bersama cili potong atau kicap manis jika suka.
Sedia dihidangkan, yo!!
No comments:
Post a Comment