Kalau tidak duduk, asyik berdiri sahaja nanti bila dah lenguh terpaksa pergi buat refleksologi pula hehe.
Tapi apa-apa hal memang berbaloi. Sedap bangat jadi kudapan, minum petang atau dessert selepas makan.
PIE TEE (BroZam)
Bhn2nya:
180g tepung beras
50g tepung gandum
50g tepung jagung
350 ml air
1 biji telur
Secubit garam
Inti A:
1 cawan sengkuang - diparut
1 cawan lobak merah - diparut
1/4 cawan lobak masin - dipotong kecil
1 sb kicap manis
Inti B: (untuk siapa2 yg suka makan sayur mentah)
1 cawan lobak merah
1 cawan brokoli - dibersih dan direndam dalam air panas lebih kurang 3 minit kemudian terus diangkat dan direndam didalam air ais
Cara2nya:
- Gabungkan dan ayak tepung-tepung didalam satu bekas besar.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam tepung. Campurkan garam. Tuang air dan kacau rata-rata - seelok2nya guna whisk.
- Kacau sehingga sebati dan tapiskan kedalam bekas lain. Cara saya, bila masa menggoreng saya akan masukkan sebahagian ke dalam mug untuk memudahkan proses. Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak. Tak perlu kuali besar, saya hanya guna periuk kecil. Tetapi kena pastikan minyak cukup untuk merendam acuan sepenuhnya masa menggoreng.
- Bila minyak sudah panas, rendamkan acuan sebentar didalam minyak. Angkat dan celupkan kedalam mug yang berisi tepung bancuhan tadi tetapi jangan sampai menutupi bahagian atas (sedikit lagi sampai bahagian atas). Biarkan sebentar sehingga tepung melekat ke acuan.
- Angkat acuan dan rendam ke dalam minyak. Benamkan sampai ke dasar periuk supaya bahagian bawah masak rata dan senang didirikan kemudian. Goreng sehingga sedikit kuning dan tanggalkan kulit pie tee dari acuan dengan mengoyang-goyangkan.
- Jika susah hendak ditanggalkan boleh tolak dengan garfu atau lidi. Berhati-hati supaya kulit tidak pecah.
- Angkat dan toskan atas tuala kertas.
- Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
- Untuk Inti A -
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng lobak masin sekejap. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Akhirnya, gaulkan kicap manis.
- Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
- Ambil satu mangkuk pie tee tadi dan sudukan inti sehingga penuh. Tuangkan sos cili (saya lebih suka guna sos cili Thai atau Lingham)
Hidangkan segera, yo!!
No comments:
Post a Comment