Thankfully, resepi dah diturunkan tapi nak cakap betul-betul sama cam original tidak mungkin - ye la, air tangan mak siapa boleh ganti kan.
Apa-apa pun at least bila rindu kat masakan mak tu boleh lah juga buat sendiri. Bila balik rumah mertua time raya takde ketupat nasi atau lemang yang ada cuma ketupat palas. Tapi yang best nya lauk ni versatile sedap gak bila makan dengan ketupat palas.
Actually, bahan-bahan dia takde la banyak pun cuma leceh sikit nak buat. Nanti bila tengok resepi faham la maksud saya.
Kelebihan daging dinding ni ialah boleh tahan lama - simpan dalam fridge dan panaskan bila nak makan.
DAGING DINDING (BroZam)
Bhn2nya:
> 1kg daging - kalau boleh batang pinang sebab kurang lemak
> 1 cawan stok air daging rebusan
> 20 biji cili kering
> 7 labu bawang besar
> 5 ulas bawang putih
> 1/2in halia (resepi asal mak tiada tapi saya suka so tambah)
> 1 cawan kicap lemak manis (untuk perap dan time masak)
> gula dan garam secukupnya
> minyak secukupnya untuk mengoreng/menumis
Cara2nya:
- Rebus daging hingga empuk. Stok air daging disimpan.
- Perap daging bersama kicap sekurang-kurangnya 30 minit. Sukatannya just make sure semua daging kena kicap.
- Panaskan minyak dan goreng daging separuh garing.
- Angkat dan potong nipis-nipis kemudian tumbuk sehingga leper.
* Selalunya guna lesung batu tetapi make sure dah cuci bersih-bersih sebelum guna sebab kita tidak mahu daging jadi pedas pula.
- Seterusnya, didalam kuali lain panaskan minyak.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia.
- Tumis bawang dan halia sampai naik bau.
- Kemudian masukkan cili kisar.
- Masukkan stok air rebusan daging. Kacau dan biar mendidih sedikit.
- Sekarang tambah daging yang telah digoreng tadi.
- Tambahkan kicap yang selebihnya.
- Letak garam dan gula secukupnya.
- Perlahankan api dan biar sampai sedikit kering.
Keluarkan ketupat, yo!
No comments:
Post a Comment