Friday, July 31, 2015

PIE TEE

RESEPI ni simple sahaja tetapi nak buat mak oii, bersedialah dengan kerusi depan dapur. Sebab kita kena buat satu-satu dan setiapnya mengambil masa.

Kalau tidak duduk, asyik berdiri sahaja nanti bila dah lenguh terpaksa pergi buat refleksologi pula hehe.

Tapi apa-apa hal memang berbaloi. Sedap bangat jadi kudapan, minum petang atau dessert selepas makan.


PIE TEE (BroZam)

Bhn2nya:
180g tepung beras
50g tepung gandum
50g tepung jagung
350 ml air
1 biji telur
Secubit garam

Inti A:
1 cawan sengkuang - diparut
1 cawan lobak merah - diparut
1/4 cawan lobak masin - dipotong kecil
1 sb kicap manis

Inti B: (untuk siapa2 yg suka makan sayur mentah)
1 cawan lobak merah
1 cawan brokoli - dibersih dan direndam dalam air panas lebih kurang 3 minit kemudian terus diangkat dan direndam didalam air ais




Cara2nya:
- Gabungkan dan ayak tepung-tepung didalam satu bekas besar.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam tepung. Campurkan garam. Tuang air dan kacau rata-rata - seelok2nya guna whisk.
- Kacau sehingga sebati dan tapiskan kedalam bekas lain. Cara saya, bila masa menggoreng saya akan masukkan sebahagian ke dalam mug untuk memudahkan proses. Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak. Tak perlu kuali besar, saya hanya guna periuk kecil. Tetapi kena pastikan minyak cukup untuk merendam acuan sepenuhnya masa menggoreng.
- Bila minyak sudah panas, rendamkan acuan sebentar didalam minyak. Angkat dan celupkan kedalam mug yang berisi tepung bancuhan tadi tetapi jangan sampai menutupi bahagian atas (sedikit lagi sampai bahagian atas). Biarkan sebentar sehingga tepung melekat ke acuan.
- Angkat acuan dan rendam ke dalam minyak. Benamkan sampai ke dasar periuk supaya bahagian bawah masak rata dan senang didirikan kemudian. Goreng sehingga sedikit kuning dan tanggalkan kulit pie tee dari acuan dengan mengoyang-goyangkan.
- Jika susah hendak ditanggalkan boleh tolak dengan garfu atau lidi. Berhati-hati supaya kulit tidak pecah.
- Angkat dan toskan atas tuala kertas.
- Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

- Untuk Inti A -
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng lobak masin sekejap. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Akhirnya, gaulkan kicap manis.
- Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
- Ambil satu mangkuk pie tee tadi dan sudukan inti sehingga penuh. Tuangkan sos cili (saya lebih suka guna sos cili Thai atau Lingham)

Hidangkan segera, yo!!




Tuesday, July 28, 2015

AIS MERAH DELIMA

HENDAK buat apa ya hari ini? Sebelum hari raya saya ada beli sengkuang lepas tu terus terlupa sampai semalam. Nampak cam dah ada buruk sikit.

Semalam sibuk dengan kek mem so hari ini bila ada free sikit ni terus terpikir nak buat sesuatu. Resepi ni katanya resepi dessert fofular dr seberang. 

K la sedap juga la... macam makan "pearl" (dlm air Coolblog tu) dengan air sirap santan.

AIS MERAH DELIMA (BroZam)

Bhn2nya
250g sengkuang
150g tepung sagu
pewarna merah
Sirap gula ros

Sos Santan:
200ml santan
secubit garam

Cara2nya:
- Potong sengkuang kecil-kecil bentuk dadu
- Campurkan pewarna merah dan gaul rata
- Masukkan tepung dan sengkuang didalam beg plastik dan goncang-goncang supaya tepung menyelaputi sengkuang sepenuhnya
- Panaskan air didalam periuk. Keluarkan sengkuang dan buang tepung yang selebihnya. Masukkan sengkuang kedalam air didih dan bila terapung angkat dengan penapis dan terus letak didalam air ais.
- Angkat, tos sengkuang dan ketepikan
- Untuk sos santan: Masak santan atas api tetapi jangan sampai mendidih supaya tidak pecah minyak. - Perasakan dengan garam.
- Buat sirap gula ros ikut selera masing-masing. Saya masak satu cawan air dan satu cawan gula diatas api dan biar sampai pekat. Sejukkan.
- Sedia untuk digabungkan.

Enjoy, yo!!



Monday, July 27, 2015

JAPANESE COTTON CHEESECAKE



HEPI besday to wife.

Yup, hari ini harijadi mem. Dalam kepala macam-macam kek saya nak buat - chocholate indulgence, pecan butterscotch, Angry Bird fondant sampai ke three tier wedding cake (yang last dua ni saja je ...tidak tau buat pon).

Alih2 bila tanya mem mintak Japanese cotton cheesecake je. Cheh! X challenging langsung hehe.

Tp tu la mem kita...membuat kita syng sgt dan syukur sgt. Dia bukan hairan dengan benda-benda mewah, pakaian branded atau makan di tempat-tempat mahal ke. Cukuplah benda-benda yang simple dan murah, asal cantik dipandang dan sedap di tekak hehe.

So kita ikut aje la permintaan dia sebab kalau buat kek yang lain nanti kemudian dia nak juga cheesecake ni... hehe.

Anyway hepi besday Ayang yg ke *tooot semoga kita berbahagia sampai ke Jannah... Aamiiin.


JAPANESE COTTON CHEESECAKE (BroZam)
Resepi asal: Jeannie Tay

Bhn2nya

250g cream cheese
6 kuning telur
70g gula castor
60g mentega
100g susu fullcream
1 sb jus lemon
60g tepung cake/superfine/tpg gandum
20g tepung jagung
1/4 st garam
2 st esen vanilla
Bhn Meringue:

6 putih telur
1/4 st cream of tartar
70g gula castor

Cara2nya:

- panaskan oven 160C, api atas dan bawah (tanpa kipas)
- alas loyang 8 x 3in dengan baking paper dan gris keliling dalam loyang.
- Masak mentega (softened), gula (70g) dan cream cheese (softened) diatas api menggunakan teknik double boiler dan kacau dengan whisk sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan angkat mangkuk bancuhan.
- Campurkan susu sejuk dan kacau sebati.
- Tambah kuning telur satu demi satu dan kacau sebati.
- Tambah esen, lemon dan whisk sebati.
- Ayakkan tepung kedalam mangkuk. Kaup balik sampai sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat meringue. Pastikan mangkuk mixer kering dan tiada sebarang kotoran.
- Masukkan putih telur dan set mixer dengan low-speed dan biarkan sampai nampak berbuih.
- Tambah cream of tartar dan pukul dengan medium speed sehingga buih nampak lebih kecil.
- Masukkan gula (70g) sedikit demi sedikit dan pukul sehingga soft peak (bila diterbalikkan mangkuk, meringue tak jatuh ke bawah).
- Bahagikan meringue kepada tiga bahagian menggunakan spatula.
- Masukkan 1/3 bahagian ke bancuhan tepung cream cheese tadi dan kacau guna whisk. Masukkan lagi 1/3 bahagian dan whisk sebati. Akhirnya masukkan meringue yang selebihnya dan sekarang guna teknik kaup balik dan campurkan sampai sebati.
- Tuang bancuhan kedalam loyang. Ketuk loyang sedikit untuk memadatkan bancuhan.
- Bakar menggunakan teknik waterbath (loyang kek diletakkan diatas loyang yang lebih besar dan berisi air) selama 1 jam. Kemudian tutup oven, keluarkan loyang air dan tinggalkan loyang kek didalam selama lagi 10minit.
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika sehingga nampak kek renggang dari dinding loyang. Ambil non-stick kuali dan terbalik untuk keluarkan kek. Buang kertas baking dari bawah kek.
- Kemudian terbalikkan semula diatas redai untuk terus menyejukkan kek. Seelok-eloknya disimpan dahulu didalam peti ais sebelum dimakan.

Enjoy, yo!!


Friday, July 24, 2015

BISKUT SARANG SEMUT

SALAM, rasanya masih tidak terlewat nak mengucapkan selamat hari raya. Ketika ini ramai yang masih kunjung mengunjung cuma bezanya sekarang dilakukan dihujung minggu kerana diwaktu hari-hari biasa semua bekerja.

Jadi masih tidak terlewat untuk berkongsi resepi biskut raya. Mungkin stok yang ada telah habis kan :)

Untuk kali ini saya ingin menunjukkan cara-cara membuat biskut raya klasik yang amat mudah untuk dibuat.


BISKUT SARANG SEMUT (BroZam)

Bhn2nya:
125g mentega
50g gula
175g tepung gandum
50g tepung jagung
1 biji kuning telur
1 st esen vanilla

Bhn hiasan: coklat urai

Cara2nya:
- Satukan mentega dan gula, gaul sebati
- Masukkan pula tepung2, kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati
- simpan doh dalam peti ais sekurang2nya dalam 30mins
- keluarkan doh dan sagat halus (guna penyagat)
- ambil sesudu doh yang telah disagat dan letakkan didalam mangkuk kertas.
- Susun diatas dulang pembakar, taburkan coklat urai
- Bakar 170C, 15 minit atau sehingga masak.

Boleh dihidangkan terus, yo!!


Monday, July 20, 2015

AYAM KUAH KACANG

BARU hari raya keempat dan tetamu (terutama bagi yang masih di kampung halaman) terus kunjung-mengunjung. Kalau di bandar semua dah pakat kerja dan kembali ke rutin seperti sebelum sebarang perayaan.

Tetapi di kampung kemeriahan Aidilfitri masih dirasakan. Jadi rasa nya tidak ada masalah untuk berkongsi resepi yang selalunya cuma dihidang dimasa hari raya.

Yang ingin saya kongsikan hari ini resepi Ayam Kuah Kacang. Resepi dari kakak ipar.

Seperti kuah kacang yang berbeza kita tambahkan ayam sekali ketika memasak. Dan seperti kuah kacang, seenak-enaknya dimakan bersama ketupat, lemang atau nasi impit.


AYAM KUAH KACANG (BroZam)

Bhn2nya:1 ekor ayam - diambil isi dan dipotong kecil
1/2 kg kacang tanah - kakak beli yang siap digoreng dan dikisar jenama Saji
2 keping asam keping
2 keping gula melaka
gula dan garam secukupnya
4 batang serai
Bahan kisar:
20 - 25 tangkai cili kering - digoreng tanpa minyak dahulu sebelum dikisar
2in lengkuas
1in halia
2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras


Cara2nya:
- Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan seketika
- Tambah sedikit air dan masak sehingga air ayam kering sedikit
- Setelah keluar minyak masukkan asam keping, gula melaka dan serai (diketuk).
- Masak sehingga pekat dan mendidih.
- Boleh lah dimasukkan kacang kisar tadi.
- Perlahankan api dan masak seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Kalau kuah nampak terlampau pekat boleh ditambah air sedikit.

Makan ngan nasi impit, yo!!




Friday, July 17, 2015

KETUPAT PALAS MERTUAKU

SEMPENA 'Idul Fitri 1436H, kami sekeluarga mengucapkan ;

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَا وَمِنْكُمْ. جَعَلَنَا الله وَإِيَّاكَ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.

Salam 'Idulfitri, maaf zahir dan batin...

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

Semoga Allah menerima segala amalan saya dan tuan2 sekalian..


Sempena hari raya ini saya ingin bercerita mengenai salah satu juadah raya yang popular di kawasan utara.

Specifically, kalau di Kedah macam dikampung bonda mertua ketupat palas yang menjadi menu utama.

Actually, bila jalan-jalan ke rumah sedara-mara berdekatan disini memang payah nak jumpa ketupat biasa/nasi.

Ketupat palas nie diisi sama ada pulut putih atau pulut hitam. Kadangkala dicampur dengan jagung atau kacang tanah untuk lebih perisa. 

Dan boleh dimakan dengan rendang dan serunding. Favourite saya ialah daging dinding.



Tengok cara, ketupat palas ni lebih senang untuk dianyam berbanding ketupat nasi. Cuma yang lecehnya bila dah balik Kay El mana nak mencari daun palas tu. Mungkin ada kot jual di pasar-pasar disini tapi sebab asyik-asyik shopping di hypermarkets jer, saya tak tau ler ada ke takde.

Ni dia bagi yang tidak pernah tengok pokok palas.


Pix courtesy of kelateori.blogspot.com
Selalunya di pasar-pasar di Utara daun palas akan diikat dan di jual begini.


Pix courtesy of shuangxingfu.blogspot.com

Raya baru ni ambo berkesempatan tengok cara-cara bagaimana nak buat ketupat ni dari bonda mertua. Seperti diwar-warkan diatas anyaman nya takde lah sesusah mana.



Kalau tangan expert yang buat kejap aje siapnya.




Tak sempat nak ambil gambar secara detail, step-by-step, anyaman bonda mertua. Jadi pada yang mahu membuatnya sendiri boleh lah tengok gambar dibawah ni (courtesy: FB group BukuResepi)




Bahan-bahan untuk isi ketupat ialah beras pulut - samada hitam atau putih dan dicampur santan serta sedikit garam. Jagung dan kacang tanah kadangkala ditambah untuk extra perisa.

Setelah dimasukkan kedalam sarung ketupat palas yang telah dianyam boleh lah direbus sampai masak.

Ketupat palas ni tahan lama. Setelah direbus dan sejuk boleh terus disimpan didalam freezer. Dengar khabar boleh tahan sehingga enam bulan.

Selepas dikeluarkan boleh direbus kembali atau dipanaskan didalam microwave. 

Thursday, July 16, 2015

DAGING DINDING

DAGING Dinding ni sah, sah memang favourite especially bila time raya. Dulu arwah mak la yang sentiasa masak - kiranya cam signature dish dia la. Memang kena sangat bila makan dengan ketupat nasi atau lemang.

Thankfully, resepi dah diturunkan tapi nak cakap betul-betul sama cam original tidak mungkin - ye la, air tangan mak siapa boleh ganti kan.

Apa-apa pun at least bila rindu kat masakan mak tu boleh lah juga buat sendiri. Bila balik rumah mertua time raya takde ketupat nasi atau lemang yang ada cuma ketupat palas. Tapi yang best nya lauk ni versatile sedap gak bila makan dengan ketupat palas.

Actually, bahan-bahan dia takde la banyak pun cuma leceh sikit nak buat. Nanti bila tengok resepi faham la maksud saya.

Kelebihan daging dinding ni ialah boleh tahan lama - simpan dalam fridge dan panaskan bila nak makan.




DAGING DINDING (BroZam)

Bhn2nya: 

> 1kg daging - kalau boleh batang pinang sebab kurang lemak
> 1 cawan stok air daging rebusan
> 20 biji cili kering 
> 7 labu bawang besar 
> 5 ulas bawang putih
> 1/2in halia (resepi asal mak tiada tapi saya suka so tambah)
> 1 cawan kicap lemak manis (untuk perap dan time masak)
> gula dan garam secukupnya
> minyak secukupnya untuk mengoreng/menumis

Cara2nya:

- Rebus daging hingga empuk. Stok air daging disimpan.
- Perap daging bersama kicap sekurang-kurangnya 30 minit. Sukatannya just make sure semua daging kena kicap.
- Panaskan minyak dan goreng daging separuh garing. 
- Angkat dan potong nipis-nipis kemudian tumbuk sehingga leper. 
* Selalunya guna lesung batu tetapi make sure dah cuci bersih-bersih sebelum guna sebab kita tidak mahu daging jadi pedas pula.
- Seterusnya, didalam kuali lain panaskan minyak.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia.
- Tumis bawang dan halia sampai naik bau.
- Kemudian masukkan cili kisar.
- Masukkan stok air rebusan daging. Kacau dan biar mendidih sedikit.
- Sekarang tambah daging yang telah digoreng tadi.
- Tambahkan kicap yang selebihnya.
- Letak garam dan gula secukupnya.
- Perlahankan api dan biar sampai sedikit kering.

Keluarkan ketupat, yo! 







Thursday, July 9, 2015

SPAGHETTI BOLOGNESE w/ MEATBALLS

SEMALAM dah mencuba membuat meatballs sendiri. Untuk resepi oleh Sue Norrman ini sila lihat post yang sebelum atau boleh klik link yang diberi.

Hari ini saya buat spaghetti bolognese pula kerana meatballs ada lebih dan boleh/sangat sesuai digabungkan dengan masakan Itali ini.

Untuk spaghetti bolognese saya menggunakan resepi Chef Saiful Azli Suhaimi dengan sedikit olahan untuk disesuaikan dengan selera sendiri.


SPAGHETTI BOLOGNESE w/ MEATBALLS (BroZam)
Resepi asal sos bolognese: Chef Saiful Azli Suhaimi


Bhn2nya:
(Guna separuh bahan2 dari resepi asal)
500g daging kisar
1 tin tomato pomodori pelati
2 helai daun bay
1 st serbuk oregano
1 st serbuk thyme
1 labu bawang besar - dicincang
1 st chilli flakes - kalau nak pedas
Bhn perasa (yang saya tambah): 1/2 sb gula, 1 - 1 1/2 sb Knorr Pasti Sedap dan lada sulah
Spaghetti secukupnya. Sila masak ikut arahan pada peket.

Cara2nya:

- Bawang besar dan semua herbs ditumis hingga naik bau.
- Masukkan daging dan kacau sehingga bewarna pucat
- Masukkan tomato dan chilli flakes. Tomato pomodori masukkan seketul-seketul, jangan dipotong
- Masak sehingga tomato hancur dan pekat
- Tambah perisa secukupnya

Bila siap tuang sos keatas spaghetti dan enjoy, yo!!




Wednesday, July 8, 2015

MEATBALLS WITH BROWN SAUCE

TERINGIN nak pergi ke IKEA tapi teringin nak makan swedish meatballs. Kebetulan, bahan-bahan memang ada di rumah so apa lagi buat sendiri. Terima kasih kepada Sue Norman yang sudi berkongsi resepi. Of course, seperti biasa ada lah sedikit adjustment here and there untuk mengikut selera saya lor.

MEATBALLS (BroZam)
Resepi asal: Sue Norman

Bhn2nya:

> 500g daging kisar
> 1/2 biji bawang besar - cincang halus
> 1 sb mentega
> 3/4 st lada hitam
> 1 st mixed herbs
> 1/3 st serbuk kayu manis
> 1/3 st gula
> 1/2 - 1 st garam
> 2 sb bread crumb - saya guna panko
> 1/2 biji telur

Cara2nya:
- tumis bawang dengan mentega hingga keperangang. Ketepikan
- Dalam bekas lain satukan semua bahan-bahan lain. Masukkan bawang tumisan dan gaul sebati.
- Bentukkan bulat-bulat meatballs tersebut ikut saiz yang dikehendaki.
- Boleh digoreng didalam minyak panas didalam kuali/deep fryer atau menggunakan sedikit mentega didalam non-stick pan.
* Dari pengalaman saya, untuk mengekalkan bentuk bulat meatballs seelok-eloknya di frozen kan selepas itu bila nak guna, defrost kan sebentar dan terus goreng.


BROWN SAUCE/SOS PERANG (BroZam)

Bhn2nya: 

> 1 sb tepung gandum
> 1 sb mentega
> I/2 biji bawang besar - dicincang
> 1 biji tomato - dikisar
> I/2 batang lobak - dikisar
> Garam dan lada sulah secukup rasa
> 2 cawan air
> I kiub stok ayam/lembu
> 1 sb worchestershire sauce

Cara2nya:

- Panaskan mentega, masuk bawang besar dan goreng hingga layu.
- Kemudian masukkan lobak merah.
- Campur tepung dengan sedikit air tadi dan bancuh. Masukkan kedalam kuali dan kacau sehingga keperang-perangan.
- Masukkan tomato, sos worchestershire diikuti dengan air yang selebihnya. Masukkan juga stok ayam.
- Didihkan dengan api perlahan sehingga pekat dan berkrim

Tuang kuah keatas meatballs dan enjoy, yo!!



Sunday, July 5, 2015

CRUNCHY CARAMEL

CRUNCHY caramel, biskut florenta/florentine atau almond crunchy adalah nama salah satu biskut moden yang amat mudah disediakan kerana menggunakan tepung florentine/siebin yang sedia dibeli dikedai-kedai barang bakeri.

Selain dari tepung tersebut, bahan-bahan lain, mostly kekacang yang hendak digunakan terpulang pada selera masing-masing. 

Walaupun mudah membuatnya tetapi harga sebalang crunchy caramel yang dijual boleh tahan harganya. Ini kerana kos membuat nya lebih mahal dari kebanyakkan biskut. Tepung florenta sahaja berharga dalam sekitar RM14 - RM20 sekilo manakala jika menggunakan badam harganya sekarang didalam RM30+ sekilo. Tu belum termasuk kos bahan-bahan lain lagi.

Jika mahu berjimat boleh juga menggunakan kacang tanah slice atau kekacang lain yang lebih murah.

CRUNCHY CARAMEL (BroZam)

Bhn2nya:

200g tepung florentine/siebin
200g badam keping/kacang tanah keping
100g kekacang lain seperti kuaci hitam, kuaci putih dan biji labu (pumpkin's seeds) hijau
20g bijan hitam

Cara2nya:

- sediakan loyang 12 x 12in. Lapiskan dengan kertas baking atau seelok-eloknya silpat.
- Didalam mangkuk lain campurkan kesemua bahan dan gaul sebati
- Tuang campuran kedalam loyang dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan dalam loyang
- Bakar didalam suhu 150C, selama 7-10 minit. 
- Apabila siap terus keluarkan dan potong empat segi menggunakan pemotong pizza
- Bila sudah sejuk, boleh lah dikeluarkan sambil dipatah-patahkan mengikut potongan empat segi tadi.

Siap untuk disimpan didalam bekas kedap udara, yo!!





Saturday, July 4, 2015

SAMPERIT

SEMALAM sudah cuba sesuatu yang berbeza. Hari ini kita buat biskut tradisi yang popular dan wajib ada setiap kali raya... biskut semperit.

Kebanyakkan resepi masih mengekalkan bahan-bahan yang sama seperti bertahun-tahun dahulu. Cuma berbeza cara ia diterap dan dicorakkan. Dengan pelbagai cookies cutter dan nozzles yang dikeluarkan, sekarang terdapat pelbagai corak/design biskut yang diperkenalkan. Tetapi salah satu corak yang masih popular ialah bunga dahlia.

Tak kira apa pun corak, yang penting biskut ini tetap sedap dan cair dimulut bila dimakan

BISKUT SAMPERIT (BroZam)

Bhn2nya:

250g (sebuku) mentega/buttercup
2 biji kuning telur
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung gandum
1 st esen vanilla
ceri merah/chocolate chip merah

Cara2nya:

- satukan mentega, gula, telur dan esen vanilla.  Kacau sebati, guna senduk sahaja.
- masukkan semua tepung (ayak) sedikit sambil uli bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh.
- doh saya bulat-bulatkan dan wrap dengan plastik. Simpan dalam 30 minit didalam peti ais untuk memudahkan kita menerap.
- Keluarkan dan masukkan kedalam acuan semperit. Tekan dan bentukkan seperti bunga dahlia diatas loyang yang telah dioles mentega (atau dilapik dengan silpat).
- Bakar didalam suhu 150C dalam 15 - 20 minit.

Sejuk dan simpan didalam bekas kedap udara, yo!! 



Friday, July 3, 2015

CREAM CHEESE CHOCOLATE CHIPS

RAYA dah nak dekat ni. Ini lah masanya nak keluarkan dan bersihkan buku resepi biskut yang berabuk tersimpan dalam almari tu hehe.

Selain dari biskut-biskut tradisional tahun ini saya bercadang buat biskut-biskut moden juga. Bermula dengan Cream Cheese Chocolate Chips cookie ni.

Resepi diambil dari blog www.averiecooks.com.

Cuma yang sedikit berbeza, tertambah lebih esen vanilla menyebabkan biskut menjadi gelap sedikit dan saya tidak menggunakan chocolate chunks seperti dalam resepi asal.

CREAM CHEESE CHOCOLATE CHIPS (BroZam)
resepi asal: www.averiecooks.com

Bhn2nya:
1⁄2 cawan mentega
1⁄4 cawan cream cheese
3⁄4 cawan gula perang
1⁄4 cawan gula castor
1 biji telur A
2 st esen vanilla
2 1⁄4 cawan tepung gandum
2 st tepung jagung
1 st baking soda
1⁄4 st garam
1 cawan milk chocolate chips - saya tambah lagi 1/2 cawan
1 1⁄4 cawan semisweet chocolate chunks - tidak guna

Cara2nya:
- Putar mentega, cream cheese, gula perang dan gula castor, telur dan vanilla selama 7 minit, jika
menggunakan mixer tangan.
- tambah tepung gandum (ayak) dan tepung jagung, baking soda, garam dan gaul sehingga sebati. Saya cuma menggunakan senduk kayu.
- Masukkan chocolate chips dan gaul sebati.
- Sediakan loyang yang telah dioles dengan mentega atau diletakkan silpat.
- Ambil sesudu adunan, bulat2kan dengan tangan dan susun diatas loyang, tekan sedikit leper. Buat sampai habis adunan. Cuma pastikan bila letak diatas loyang jangan terlalu rapat kerana bila dibakar biskut akan mengembang.
- Sebelum dibakar, cover dengan plastik dan simpan didalam peti ais dahulu sekurang2nya dua jam (atau boleh juga disimpan sampai 5 hari).
- Keluarkan dan bakar pada suhu 180C selama 8-9 minit.
- Jangan bakar terlalu lama kerana biskut mula-mula akan sedikit lembut tetapi bila sejuk akan menjadi keras rangup.

Enjoy, yo!!


Thursday, July 2, 2015

MANGGO LASSI/DRAGON FRUIT LASSI

AIR untuk berbuka petang ini siapppp :)

Ni air kegemaranku tetapi malangnya tidak selalu dapat dinikmati kerana harganya lebih mahal sebab menggunakan buah segar dan yogurt sebagai bahan utama.

Tadi ada beli mangga dan kebetulan tengok dalam peti ais ada pula buah naga sebiji. Kerana barang-barang cukup maka terhasil lah dua jenis lassi untuk hidangan petang ini.


MANGGO LASSI/DRAGON FRUIT LASSI (BroZam)

Bhn2nya:

> 1 biji mangga/buah naga sederhana besar dan masak ranum
> 1 bekas kecil yogurt biasa
> 1 cawan freshmilk
> sedikit air jika mahu lebih cair
> 1-2 sb gula

> secubit garam (optional, untuk bagi rasa lemak)
> Ais kiub

Cara2nya:

- Kupas kulit buah mangga/buah naga dan ambil isi.
- Masukkan ke dalam blender. Tambah bahan2 lain.
- Kisar semua sehingga hancur dan sebati.
- Jika blender anda boleh mengisar ais bolehlah dimasukkan sekali. Jika tidak, ais boleh ditambah kemudian
- Tuang ke dalam gelas. Boleh segera diminum atau disimpan didalam peti ais (tahan tidak lebih 24 jam)

Cuba jangan tak cuba, yo!