Monday, April 6, 2015

SHEPHERD PIE w/SLICE CHEESE

BEBUDAK dah lapar minta dinner. Jenguk dalam peti ais takde ikan/ayam nak buat lauk. Nasib baik dalam freezer ada minced meat Ramly. Kebetulan pula ada kentang yang lebih dari hari tu.

Nampak cam sesuai nak buat Shepherd Pie nie. Tapi first kena ada satu lagi main ingredient.

Nak cepat (ye la bebudak kalau dah lapar bingit telinga dibuatnya) kena shortcut sikit so jenguk-jenguk kabinet cari Campbell's Mushroom Soup tapi yang ada cuma Cream of Chicken. 

So, cream of chicken, cream of chicken la. 

Interestingly, menjadi pula dengan rasa daging cincang... memang combination yang sodap!! 



Shepherd Pie w/Slice Cheese (BroZam)

Yang Diperlukan:

Bahan A:

> 400g daging cincang (korang beli je jenama Ramly burger pun boleh)
> 2 cawan bawang sederhana (terpulanglah, saya mmg suka banyak)
> 1 tin Campbell's Condensed Cream of Mushroom Soup (xde stock plak dirumah, so guna Cream of Chicken)
> 2 tbs sos tomato
> 1/2 tsp lada hitam
> 1 cawan sayur campur frozen 

Bahan B:

> 2 cawan fresh milk
> 1/4 cawan mentega
> 5 biji kentang atau 2 cawan instant mashed potato flakes

Topping: 6 Cheese Slices Kraft (dirumah cuma ada brand jenama Melbourne)

Cara-cara:

- Untuk Bahan A - 
- Satukan dan goreng bawang dan daging cincang.   
- Masukkan Cream of Chicken dan sayur campur frozen. 
- Tambahkan sos tomato, garam dan lada hitam jika mahu.
- Guna api sederhana dan jangan lupa kacau selalu sampai masak dan sedikit kering. 

- Untuk Bahan B - 
- Rebus kentang sampai lembut. Angkat dan tos kan. 
- Panaskan susu dan mentega. Masukkan kentang kembali dan masak seketika. Angkat dan letakkan didalm bekas bersesuaian dan lenyek kan.
- Boleh di tambah sedikit garam dan lada sulah jika mahu. Anggaran boleh dapat dalam 2 cawan.
* Kentang boleh juga dilenyekkan dahulu selepas direbus kemudian dimasukkan dan dimasak didalam mentega/susu.

- Dibakar - 
- Panaskan oven dalam 160C.
- Untuk resepi ni ambo guna baking tray 7 x 11in.
- Cedok dan ratakan Bahan A (daging cincang) ke dalam tray.
- Kemudian ratakan pula Bahan B (kentang) ke bahagian atas. Buat berhati-hati supaya tidak bercampur dengan bahagian bawah (daging cincang).
- Finally, aturkan Cheese Slices diatas. Kalau suka boleh sprinkle with a bit of blackpepper diatas.
- Bakar untuk 20 minit atau sehingga topping perang sedikit.

Kids, dinner is ready yo!!



Jemput lah makan, jangan malu-malu :p




No comments:

Post a Comment