Friday, April 3, 2015

AYAM MASAK MERAH ALA THAI

SUATU ketika dahulu saya pernah menolong abang di restoren tomyam miliknya. Tetapi dah lama restoren tu berkubur huhu. 

Setiap kali tengok masak merah mesti teringat cara tukang masak abang saya buat. 

Masak merah kalau ikut cara restoren tomyam thai ada sedikit kelainan dari cara-cara lain - yang utama, kerana masakan ini made-to-order (ala carte) atau hanya dibuat bila ada yang minta, tukang masak kena buat cepat-cepat.

Jadi dalam kes ini, bahan-bahannya mesti banyak guna "bahan segera" macam sos cili, sos tomato dan sebagainya.

Bhn2nya:

500g ayam - dipotong kecil dan kalau boleh dibuang tulang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - separuh dicincang, separuh dipotong bulat
1 sb cili giling/boh
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
1/3 cawan air
segenggam kacang panjang - dipotong
garam, gula dan perisa
minyak masak secukupnya

Cara2nya:

- Panaskan minyak. Kalau nak guna style restaurant terus guna api besar tetapi mesti fokus/jaga supaya masakan tidak hangit
- Goreng ayam dahulu sampai bertukar jadi warna pucat putih
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak tadi dalam agak-agak tinggal 2 sudu besar.
- Sekarang tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu sampai naik bau.
- Bolehlah masukkan cili giling
- Kacau sekejap dan tambah semua sos-sos (tiram, ikan, tomato dan cili) ke dalam kuali dan kacau seketika.
- Sekarang boleh lah masukkan ayam. Sentiasa mengacau jika menggunakan api yang besar.
- Lepas dua minit boleh masukkan air supaya ada sedikit berkuah.
- Boleh tambah garam, gula dan perisa jika rasa perlu.
- Sebelum angkat masukkan bawang dipotong bulat dan kacang panjang.

Angkat dan hidangkan, yo!!




1 comment: