Paprik tidak kiralah ayam, daging, sotong, udang atau campur sememangnya menjadi menu utama dimana-mana restoren tomyam.
Dan setiap satu resepi ada sedikit kelainan masing-masing samada dari segi rasa, bau dan juga rupa. Termasuklah apa yang saya sajikan disini.
Seperti di restoren, untuk memudahkan proses pembuatan sediakan/potong bahan-bahan lebih awal kerana nak buat sangat cepat.
Jadi jika ada tetamu nak datang atau bila sudah masuk masa makan kita boleh sediakan panas-panas (memang lebih sedap).
PAPRIK AYAM (BroZam)
Bhn2nya:
500g isi ayam - potong ikut selera
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
3 sb cili kisar/cili kering yang dikisar
3 helai daun limau purut
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
1 batang serai - dititik
1/2 cawan air
garam dan gula secukupnya
*untuk hiasan: sedikit kacang panjang, bunga kobis dan carrot - dipotong-potong
Bhn2nya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
- Tambahkan sos cili, tomato dan tiram kedalam kuali
- Masukkan isi ayam dan masak sampai semua bertukar warna "putih"
- Tambah air untuk kuah dan masak sampai mengelegak
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Akhirnya sebelum angkat boleh tambah sayur-sayuran. Masak seketika sahaja supaya sayur-sayuran ni kekal rangup bila dimakan.
* Semasa memasak boleh guna api besar supaya cepat siap tapi make sure semua bahan-bahan yang diperlukan telah tersedia awal dan sentiasa kacau bahan-bahan yang berada didalam kuali untuk mengelakkan hangit.
Tutup api dan hidangkan, yo!
No comments:
Post a Comment