Friday, July 31, 2015

PIE TEE

RESEPI ni simple sahaja tetapi nak buat mak oii, bersedialah dengan kerusi depan dapur. Sebab kita kena buat satu-satu dan setiapnya mengambil masa.

Kalau tidak duduk, asyik berdiri sahaja nanti bila dah lenguh terpaksa pergi buat refleksologi pula hehe.

Tapi apa-apa hal memang berbaloi. Sedap bangat jadi kudapan, minum petang atau dessert selepas makan.


PIE TEE (BroZam)

Bhn2nya:
180g tepung beras
50g tepung gandum
50g tepung jagung
350 ml air
1 biji telur
Secubit garam

Inti A:
1 cawan sengkuang - diparut
1 cawan lobak merah - diparut
1/4 cawan lobak masin - dipotong kecil
1 sb kicap manis

Inti B: (untuk siapa2 yg suka makan sayur mentah)
1 cawan lobak merah
1 cawan brokoli - dibersih dan direndam dalam air panas lebih kurang 3 minit kemudian terus diangkat dan direndam didalam air ais




Cara2nya:
- Gabungkan dan ayak tepung-tepung didalam satu bekas besar.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam tepung. Campurkan garam. Tuang air dan kacau rata-rata - seelok2nya guna whisk.
- Kacau sehingga sebati dan tapiskan kedalam bekas lain. Cara saya, bila masa menggoreng saya akan masukkan sebahagian ke dalam mug untuk memudahkan proses. Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak. Tak perlu kuali besar, saya hanya guna periuk kecil. Tetapi kena pastikan minyak cukup untuk merendam acuan sepenuhnya masa menggoreng.
- Bila minyak sudah panas, rendamkan acuan sebentar didalam minyak. Angkat dan celupkan kedalam mug yang berisi tepung bancuhan tadi tetapi jangan sampai menutupi bahagian atas (sedikit lagi sampai bahagian atas). Biarkan sebentar sehingga tepung melekat ke acuan.
- Angkat acuan dan rendam ke dalam minyak. Benamkan sampai ke dasar periuk supaya bahagian bawah masak rata dan senang didirikan kemudian. Goreng sehingga sedikit kuning dan tanggalkan kulit pie tee dari acuan dengan mengoyang-goyangkan.
- Jika susah hendak ditanggalkan boleh tolak dengan garfu atau lidi. Berhati-hati supaya kulit tidak pecah.
- Angkat dan toskan atas tuala kertas.
- Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

- Untuk Inti A -
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng lobak masin sekejap. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Akhirnya, gaulkan kicap manis.
- Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
- Ambil satu mangkuk pie tee tadi dan sudukan inti sehingga penuh. Tuangkan sos cili (saya lebih suka guna sos cili Thai atau Lingham)

Hidangkan segera, yo!!




Tuesday, July 28, 2015

AIS MERAH DELIMA

HENDAK buat apa ya hari ini? Sebelum hari raya saya ada beli sengkuang lepas tu terus terlupa sampai semalam. Nampak cam dah ada buruk sikit.

Semalam sibuk dengan kek mem so hari ini bila ada free sikit ni terus terpikir nak buat sesuatu. Resepi ni katanya resepi dessert fofular dr seberang. 

K la sedap juga la... macam makan "pearl" (dlm air Coolblog tu) dengan air sirap santan.

AIS MERAH DELIMA (BroZam)

Bhn2nya
250g sengkuang
150g tepung sagu
pewarna merah
Sirap gula ros

Sos Santan:
200ml santan
secubit garam

Cara2nya:
- Potong sengkuang kecil-kecil bentuk dadu
- Campurkan pewarna merah dan gaul rata
- Masukkan tepung dan sengkuang didalam beg plastik dan goncang-goncang supaya tepung menyelaputi sengkuang sepenuhnya
- Panaskan air didalam periuk. Keluarkan sengkuang dan buang tepung yang selebihnya. Masukkan sengkuang kedalam air didih dan bila terapung angkat dengan penapis dan terus letak didalam air ais.
- Angkat, tos sengkuang dan ketepikan
- Untuk sos santan: Masak santan atas api tetapi jangan sampai mendidih supaya tidak pecah minyak. - Perasakan dengan garam.
- Buat sirap gula ros ikut selera masing-masing. Saya masak satu cawan air dan satu cawan gula diatas api dan biar sampai pekat. Sejukkan.
- Sedia untuk digabungkan.

Enjoy, yo!!



Monday, July 27, 2015

JAPANESE COTTON CHEESECAKE



HEPI besday to wife.

Yup, hari ini harijadi mem. Dalam kepala macam-macam kek saya nak buat - chocholate indulgence, pecan butterscotch, Angry Bird fondant sampai ke three tier wedding cake (yang last dua ni saja je ...tidak tau buat pon).

Alih2 bila tanya mem mintak Japanese cotton cheesecake je. Cheh! X challenging langsung hehe.

Tp tu la mem kita...membuat kita syng sgt dan syukur sgt. Dia bukan hairan dengan benda-benda mewah, pakaian branded atau makan di tempat-tempat mahal ke. Cukuplah benda-benda yang simple dan murah, asal cantik dipandang dan sedap di tekak hehe.

So kita ikut aje la permintaan dia sebab kalau buat kek yang lain nanti kemudian dia nak juga cheesecake ni... hehe.

Anyway hepi besday Ayang yg ke *tooot semoga kita berbahagia sampai ke Jannah... Aamiiin.


JAPANESE COTTON CHEESECAKE (BroZam)
Resepi asal: Jeannie Tay

Bhn2nya

250g cream cheese
6 kuning telur
70g gula castor
60g mentega
100g susu fullcream
1 sb jus lemon
60g tepung cake/superfine/tpg gandum
20g tepung jagung
1/4 st garam
2 st esen vanilla
Bhn Meringue:

6 putih telur
1/4 st cream of tartar
70g gula castor

Cara2nya:

- panaskan oven 160C, api atas dan bawah (tanpa kipas)
- alas loyang 8 x 3in dengan baking paper dan gris keliling dalam loyang.
- Masak mentega (softened), gula (70g) dan cream cheese (softened) diatas api menggunakan teknik double boiler dan kacau dengan whisk sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan angkat mangkuk bancuhan.
- Campurkan susu sejuk dan kacau sebati.
- Tambah kuning telur satu demi satu dan kacau sebati.
- Tambah esen, lemon dan whisk sebati.
- Ayakkan tepung kedalam mangkuk. Kaup balik sampai sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat meringue. Pastikan mangkuk mixer kering dan tiada sebarang kotoran.
- Masukkan putih telur dan set mixer dengan low-speed dan biarkan sampai nampak berbuih.
- Tambah cream of tartar dan pukul dengan medium speed sehingga buih nampak lebih kecil.
- Masukkan gula (70g) sedikit demi sedikit dan pukul sehingga soft peak (bila diterbalikkan mangkuk, meringue tak jatuh ke bawah).
- Bahagikan meringue kepada tiga bahagian menggunakan spatula.
- Masukkan 1/3 bahagian ke bancuhan tepung cream cheese tadi dan kacau guna whisk. Masukkan lagi 1/3 bahagian dan whisk sebati. Akhirnya masukkan meringue yang selebihnya dan sekarang guna teknik kaup balik dan campurkan sampai sebati.
- Tuang bancuhan kedalam loyang. Ketuk loyang sedikit untuk memadatkan bancuhan.
- Bakar menggunakan teknik waterbath (loyang kek diletakkan diatas loyang yang lebih besar dan berisi air) selama 1 jam. Kemudian tutup oven, keluarkan loyang air dan tinggalkan loyang kek didalam selama lagi 10minit.
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika sehingga nampak kek renggang dari dinding loyang. Ambil non-stick kuali dan terbalik untuk keluarkan kek. Buang kertas baking dari bawah kek.
- Kemudian terbalikkan semula diatas redai untuk terus menyejukkan kek. Seelok-eloknya disimpan dahulu didalam peti ais sebelum dimakan.

Enjoy, yo!!


Friday, July 24, 2015

BISKUT SARANG SEMUT

SALAM, rasanya masih tidak terlewat nak mengucapkan selamat hari raya. Ketika ini ramai yang masih kunjung mengunjung cuma bezanya sekarang dilakukan dihujung minggu kerana diwaktu hari-hari biasa semua bekerja.

Jadi masih tidak terlewat untuk berkongsi resepi biskut raya. Mungkin stok yang ada telah habis kan :)

Untuk kali ini saya ingin menunjukkan cara-cara membuat biskut raya klasik yang amat mudah untuk dibuat.


BISKUT SARANG SEMUT (BroZam)

Bhn2nya:
125g mentega
50g gula
175g tepung gandum
50g tepung jagung
1 biji kuning telur
1 st esen vanilla

Bhn hiasan: coklat urai

Cara2nya:
- Satukan mentega dan gula, gaul sebati
- Masukkan pula tepung2, kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati
- simpan doh dalam peti ais sekurang2nya dalam 30mins
- keluarkan doh dan sagat halus (guna penyagat)
- ambil sesudu doh yang telah disagat dan letakkan didalam mangkuk kertas.
- Susun diatas dulang pembakar, taburkan coklat urai
- Bakar 170C, 15 minit atau sehingga masak.

Boleh dihidangkan terus, yo!!


Monday, July 20, 2015

AYAM KUAH KACANG

BARU hari raya keempat dan tetamu (terutama bagi yang masih di kampung halaman) terus kunjung-mengunjung. Kalau di bandar semua dah pakat kerja dan kembali ke rutin seperti sebelum sebarang perayaan.

Tetapi di kampung kemeriahan Aidilfitri masih dirasakan. Jadi rasa nya tidak ada masalah untuk berkongsi resepi yang selalunya cuma dihidang dimasa hari raya.

Yang ingin saya kongsikan hari ini resepi Ayam Kuah Kacang. Resepi dari kakak ipar.

Seperti kuah kacang yang berbeza kita tambahkan ayam sekali ketika memasak. Dan seperti kuah kacang, seenak-enaknya dimakan bersama ketupat, lemang atau nasi impit.


AYAM KUAH KACANG (BroZam)

Bhn2nya:1 ekor ayam - diambil isi dan dipotong kecil
1/2 kg kacang tanah - kakak beli yang siap digoreng dan dikisar jenama Saji
2 keping asam keping
2 keping gula melaka
gula dan garam secukupnya
4 batang serai
Bahan kisar:
20 - 25 tangkai cili kering - digoreng tanpa minyak dahulu sebelum dikisar
2in lengkuas
1in halia
2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras


Cara2nya:
- Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan seketika
- Tambah sedikit air dan masak sehingga air ayam kering sedikit
- Setelah keluar minyak masukkan asam keping, gula melaka dan serai (diketuk).
- Masak sehingga pekat dan mendidih.
- Boleh lah dimasukkan kacang kisar tadi.
- Perlahankan api dan masak seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Kalau kuah nampak terlampau pekat boleh ditambah air sedikit.

Makan ngan nasi impit, yo!!