Friday, January 1, 2016

ROTI PERANCIS CHEESE

HAPPY new year, selamat tahun baru... pada yang menyambutnya lah. Bagi saya hari ini, macam hari-hari semalam, sama sahaja.

Tiada sambutan istimewa dan kalau tidak kerana rancangan-rancangan TV yang saya tengok asyik berulang kali mengucap selamat tahun baru mungkin saya tidak perasan yang kita sudah melangkah ke 2016.

Cuma yang saya tahu tahun ini akan menjadi tahun yang amat mencabar terutamanya bagi yang bekerja sendiri kerana harga-harga barang keperluan dan juga baking dijangka terus naik. Hmm...

Tapi seperti biasa saya tidak suka stress-stress dengan benda yang belum berlaku sehingga ia sudah berlaku. Jadi untuk malam ini lebih baik fikir tentang apa yang saya nak isikan didalam blog ini.

Something simple, mudah dibuat tapi yang penting sedap untuk kami nikmati.

Untuk resepi pertama yang saya ingin kongsikan pada hari pertama di tahun baru ini terima lah...jeng, jeng, jeng... Roti Perancis Cheese.

Sebenarnya ini adalah resepi roti john yang diubahsuai menggunakan roti perancis.




ROTI PERANCIS CHEESE (BroZam)

Bhn2nya:

(Inti)
1 btg roti Perancis (baru, jgn beli yg dah keras)
200g daging ayam cincang
2biji bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 sb serbuk kari
1/2 sb serbuk garam masala
Serbuk perasa dan serbuk lada hitam secukupnya

(untuk roti)
2 biji telur
Cheddar slice, serbuk parmesan dan shredded mozzarella secukupnya
Sos cili/tomato/lada hitam
Mayonis
hirisan tomato

Cara2nya:
- Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk garam masala.
- Goreng daging sampai masak. Perasakan secukupnya.
- Tutup api dan biar sejuk.

Untuk roti:
- Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
- Sebab saya akan masak dalam kuali ajaib dan roti Perancis agak2 panjang saya potong kepada dua bahagian.
- Setiap satu bahagian kita potong memanjang pula tetapi jangan bagi putus.
- Sapu permukaan roti dengan marjerin dan letak atas kuali ajaib tadi. Gril sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali ajaib, guna senduk dan ambil inti tadi secukupnya ratakan atas kuali.
- Susun slice cheddar secukupnya diatas inti. Tabur pula serbuk parmesan dan shredded mozzarella.
- Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu, tutup kuali ajaib dan terbalikkan untuk masak bahagian atas roti sekejap. Siap!
- Letak salad pilihan anda. Saya cuma letak tomato sebab anak-anak tak berapa suka sayur.
- Akhir sekali curah sos cili, tomato, lada hitam dan juga mayonis.
- Lipat dan angkat keatas pinggan. Potong kepada beberapa bahagian untuk mudah makan.

Enjoy, Yo!!

No comments:

Post a Comment