Monday, January 4, 2016

MURTABAK MAGGI

SELAIN dari masak berkuah, mee segera Maggi boleh juga diolah menjadi satu lagi hidangan yang sangat sedap dan amat digemari bukan sahaja kanak-kanak tetapi yang dewasa juga.

Murtabak Maggi seperti juga yang original mee berkuah sangat mudah untuk disediakan. Malah bahan-bahannya pun tidak banyak.

Tapi seperti biasa bila makan instant food ni kena lah berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan nanti tak elok untuk kesihatan.

Oppsss, sebelum terlajak nasihat apa kata kita terus tengok bagaimana nak buat resepi mudah dan enak ini.




MURTABAK MEGI (BroZam) 

Bhn2nya:
Source: Maggi Malaysia

2 peket Mi Maggi perisa Kari
1 sb minyak masak
100g ayam/hotdog cincang
5 biji telur
2 sb daun sup - dicincang
3 sb bawang besar - dicincang

Cara2nya:

- Celur mi tanpa perencah selama dua minit kemudian tos kan
- Satukan semua bahan-bahan lain didalam satu mangkuk dan digaul bersama perencah kari Maggi (yang terdapat didalam peket mee segera tadi)
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi. Gaul sebati
- Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan goreng murtabak Maggi selama tiga minit.
- Terbalikkan dan goreng lagi 3 minit.
* untuk mudah menterbalikkan murtabak guna pinggan atau dirumah saya gunakan bahagian bawah springform baking pan. Kalau cuma guna sudip sure boleh rabak murtabak dan jadi tak cantik.

Hidangkan panas-panas, yo!







No comments:

Post a Comment