Thursday, April 23, 2015

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

MALAM ni kita berbalik ke masakan ayam nampaknya.

Kita cubaTRY pula masak lemak (untuk tambah berat badan kot hehe) dan untuk pedas semestinya tambah cili padi. Tetapi kerana permintaan anak-anak yang tidak suka pedas sangat, terpaksa lah dikurangkan sedikit. Actually, kurang banyak bila guna 2-3 biji je.

Tapi bagi sape-sape yang tahan pedas silalah tambah cili padi tu ikut citarasa masing-masing.


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI (BroZam)

Bhn2nya:

500g ayam 
2 biji kentang, belah empat
1 helai daun kunyit - dimayang 
1 kotak (200ml) santan 
2-3 biji je cilipadi - lagi banyak lagi pedas le. Biasanya minimum letak lebih 10 biji
1in kunyit hidup
1 batang serai - diketuk 
1 asam keping
air secukupnya
garam secukup rasa 

Cara2nya: 

- Tumbuk kunyit hidup dan cilipadi. 
- Masukan dua-dua bahan, serai, asam keping dan kentang bersama ayam kedalam periuk. 
- Masukkan semangkuk air dan rebus. Gunakan api sederhana.
- Bila agak-agak kentang empuk masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Biar mendidih.
- Kacau rata dan tambah garam secukup rasa. 
- Seminit dua sebelum angkat boleh lah tambah daun kunyit untuk menambah bau dan selera.

Siap dah, yo!!




Friday, April 17, 2015

MOIST CHOCOLATE CAKE

SETELAH beberapa kali mencuba berberapa resepi moist chocolate cakes berlainan, rasanya yang ini paling saya suka buat masa ini. 

Hmm...kali ni cam malas nak tulis panjang-panjang (mulut tengah bz mengunyah kihkihkih) so jom terjah resepinya...:p

Yang Diperlukan:
By: Venisri Senthan 
Source: www.love2cook-malaysia.com

> 100g tepung gandum 
> 50g serbuk koko
> 1/2 tsp baking powder
> 1/2 tsp baking soda
> 180g mentega
> 180g gula
> 2 telur size A
> 200ml susu cair
> 1 tsp esen vanilla

Chocolate Ganache:

> 100g coklat masakan hitam
> 200g whipping cream (saya guna lebihan dari buat kek yang telah di-frozen sebelum ni)
> 3 tbs mentega


Cara-caranya: 

- Panaskan oven 170C dan alas baking paper didalam loyang bersaiz 20cm.
- Didalam mangkuk kering, ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda.
- Didalam mixer pula, campurkan mentega dan gula. Pukul sehingga sebati dan gebu.
- Tambah telur, sebiji demi sebiji. Selepas itu masukkan esen vanilla.
- Pukul seketika.
- Sekarang boleh masukkan pula susu dan campuran tepung tadi berselang-seli sambil pukul sampai sebati. 
* Boleh terus guna mixer atau boleh guna teknik kaup-balik (masukkan bahan-bahan basah kedalam campuran tepung dan kacau hingga sebati secara manual)
- Setelah siap, tuangkan adunan kek dan ratakan. Sebelum dimasuk ke oven, hentakkan loyang sekali untuk padatkan adunan. Bakar selama 40 - 45 minit.
- Nak tau masak ke tidak, ambil lidi dan cucuk ke dalam kek dan jika tiada bahan yang melekat, kek tu dah masak lor. 
- Pastu keluarkan dari oven dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dituang chocolate ganache. 

Untuk membuat chocolate ganache
- Simply cairkan coklat, whipping cream dan butter secara double boiler. 
- Kacau sehingga semuanya betul-betul cair.
- Angkat dan sejukkan seketika sebelum dituang diatas kek. Saya juga tapis ganache ni supaya lebih smooth bila dituang.
*btw, ganache sangat cair so kalau nak yang pekat sikit boleh lah kurangkan whipping cream ke 100g sahaja (nisbah 1:1 dengan coklat)
- Seterusnya boleh lah dihias dengan strawberi ke, coklat M&M ker atau apa-apa yang anda suka. 
- Masukkan kek ke dalam peti sejuk.

Tips: Moist chocolate cake lebih sedap kalau disimpan dahulu didalam peti sejuk dan dimakan sehari kemudian. Baru lar betul-betul moist.

Enjoy, yo!




Wednesday, April 15, 2015

NASI LEMAK MAMA

MAKANAN rasmi rakyat Malaysia, tidak kira pagi, petang, siang atau tengah malam :)

Ramai yang tahu buat jadi tidak hairan ada pelbagai versi, cara dan resepi nasi lemak diluar sana.

Ini saya tambah lagi satu... hasil tangan isteri tercinta. 

Semoga bermanfaat atau sekurang-kurangnya dijadikan sedikit inspirasi bagi yang ingin membuatnya sendiri.


NASI LEMAK MAMA (BroZam)

Bhn2nya:

(4-5 org)

Nasi:

1 1/2 tin beras
1 kotak santan 200ml (boleh tambah atau kurangkan untuk rasa lemak bersesuaian)
(+) sedikit hirisan bawang besar, serai, halia dan daun pandan

Sambal ikan bilis:

2 genggam ikan bilis - seeloknya yang telah dikopek dibuang isi 
10 cili kering - kisar
4 labu bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sb gula melaka
garam secukupnya
1 cawan air

Assesori: telur rebus dan timun. Boleh jaga ditambah kacang goreng, sayur kangkung atau tempe goreng. Well, sky's the limit :p


Cara2nya:


- Bersih dan tanak nasi seperti biasa. Bezanya, kita guna santan bukan sekadar air.

- Hirisan bawang besar, serai, halia dan daun pandan dimasukkan bersama.
- Sementara menunggu nasi masak, bolehlah membuat sambalnya.
- Ikan bilis digoreng garing dan diketepikan. Ada juga yang suka masukkan terus tanpa digoreng dahulu. Terpulang lah.
- Tumiskan bawang putih dan belacan sampai naik bau.
- Masukkan cili kering dan bawang besar yang telah dikisar terlebih dahulu.
- Tambahkan sedikit ikan bilis yang belum digoreng untuk memberi rasa ikan bilis didalam sambal.
- Tunggu 2-3 minit bolehlah letak gula melaka dan gaul sebati.
- Tambah air dan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sehingga masak.

Finally, bolehlah dihidangkan, yo!! 







Saturday, April 11, 2015

SPAGHETTI ALLA CARBONARA

NAMPAKNYA, buat resipi spaghetti back-to-back kita ye.

Ada sebab. Semalam mungkin buat terlampau banyak (500g) jadi tidak habis. So ada lagi separuh mangkuk yang tinggal. 

Nak makan mende yang sama anak-anak macam tidak minat so apa kata kita 'up' sikit resepi asal (Aglio e Olio) jadi Spaghetti Alla Carbonara atau mostly disebut Spaghetti Carbonara pula. Dalam erti kata lain kita 'upcycle' makanan yang dah ada.

Selain dari mempelbagaikan rasa, kita juga boleh berjimat sedikit contohnya ada dua tiga bahan yang tidak perlu lagi ditambah bila masak sos carbonara nanti kerana sudah tersedia didalam resepi sebelum ini. In short, tidak perlu tambah parmesan, parsley dan garam bila menyediakan resepi carbonara ini.

FYI, resipi ni kureng skit originality nya sebab kalau boleh kena guna Pecorino Romano or Parmigiano-Reggiano (nak sebut pun berbelit-belit lidah) cheese. Tapi mana nak cari weih so kita ganti/tambahkan apa yang ada dalam peti sejuk je lar.

Bhn2nya:

2 sb mentega
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji bawang putih - dicincang
250ml fresh milk
300ml air atau lebih
Isi ayam dipotong dadu - guna sikit sahaja
1 kiub pati ayam
segenggam cendawan Enoki - sebab cendawan ini saje yang ada di rumah time ni. Seelok-eloknya guna cendawan butang.
1 sb tepung gandum/jagung - sebagai agen pemekat
1/2 st Oregano 
3 helai daun bay kering 

*Oleh kerana saya guna Spaghetti Aglio e Olio semalam bahan-bahan berikut tidak ditambah dalam masakan. Tetapi kalau anda bermula fresh, kena lah guna dalam resepi, ye.

1 st serbuk lada hitam
1 st daun parsley kering
parmesan cheese secukupnya 

*Ada satu bahan saje tidak digunakan -  2-3 biji telur. Kalau bermula fresh whisk telur dengan parmesan dan campurkan ke dalam kuah semasa proses memasak. Api perlahan dan kacau sentiasa supaya telur tidak berketul. Yang kita nak ialah supaya kuah berkrim. 

Cara2nya:

- Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
- Kemudian masukkan cendawan enoki dan ayam goreng yang telah dicincang
- Tumis seketika dan tambah tepung - sebagai agen pemekat
- Kacau selalu supaya kuah tidak berketul-ketul
- Masukkan susu diikuti dengan air. Kacau sampai masak.
- Proses seterusnya ada dua pilihan: 
1. Pertama: selalunya kuah carbonara akan dituang keatas spaghetti yang telah tersedia diatas pinggan.
2. Tetapi kerana resepi yang ini di upcycle dari resepi Spaghetti Aglio e Olio semalam yang sejuk sebab baru keluarkan dari peti ais, saya terus masukkan kedalam kuali dan kacau sampai sebati.
* Perbezaannya proses yang ke-2 akan menjadikan hidangan lebih kering (kurang kuah). Sekali pandang macam Aglio e Olio pun ada tapi confirmed rasa lain. So, terpulanglah nak ikut yang mana satu.

Angkat dan sedia dihidangkan, yo!



Friday, April 10, 2015

SPAGHETTI AGLIO E.OLIO

HARITU ada anak sedara tanya boleh buat Spaghetti Olio ke? Nie basic spaghetti recipe je - antara yang paling mudah nak buat. Tapi paham soalan tu sebenarnya nak suruh uncle dia yg comel ni buat... kihkihkih.

So buat Una... ni dia Spaghetti Aglio e.Olio tu. Tapi since jauh sangat rumah, kita orang makan la untuk pihak anda ye..haha.

Btw, ni Malaysian style lar, tu yang guna cili padi instead of red pepper flakes 

Spaghetti Aglio e.Olio (BroZam)
Diolah dari:Ina Garten's recipe
Source: Food Network

Yang Diperlukan:

> 500g spaghetti
> 1/2 cawan minyak zaitun (tambah 1 tbs untuk rebus pasta)
> 8 - 10 ulas bawang putih - dicincang
> 1/4 cawan dried parsley flakes
> 1/2 cawan grated parmesan
> 2 cawan air rebusan spaghetti
> 1/2 st red pepper flakes (tapi saya guna 2 biji cili padi instead) 
> garam
> lada hitam

Ready, Set, Go:

- Mula-mula kita rebus spaghetti dahulu.
- Jerangkan air didalam periuk besar. Selalunya untuk setiap 100g spaghetti memerlukan lebih kurang 5 liter air. 
- Tunggu sehingga air mendidih baru masukkan pasta. 
- Campurkan 2 sb garam untuk perisa dan 1 sb minyak zaitun supaya pasta tidak melekat satu sama lain.
- Celurkan sampai masak. Ikut arahan pada peket. 
- Nak tau masak atau tidak ambil seurat dan rasa sendiri.
- Tutup api dan asingkan 2 cawan air rebusan untuk dijadikan kuah. Tos dan ketepikan spaghetti.

Sekarang untuk kuah.
- Mula-mula panaskan minyak zaitun didalam kuali. 
- Tambah bawang putih yang telah cincang. Sentiasa kacau supaya bawang tidak hangit. 
- Dalam dua minit boleh lah tambah air rebusan tadi dan masukkan juga cili padi.
- Perlahankan api dan biarkan kuah berkurangan sampai 1/3 dari asal. Selalu kacau.
- Sekarang bolehlah masukkan spaghetti tadi.
- Gaul sehingga sebati dalam dua tiga minit. Tutup api.
- Masukkan parsley dan parmesan. 
- Hidangkan dan boleh juga ditambah lada hitam.

Ready, yo!