Umum mengetahui peria sejenis sayuran yang pahit tetapi mengandungi banyak khasiat.
Dipasar-pasar yang biasa dijumpai samada peria biasa yang panjang dengan warna hijau muda dan juga “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.
Antara masakan popular bagi peria ialah masak lemak dan goreng telur.
Bagi yang tidak suka rasa pahit peria boleh menggunakan petua ini untuk mengurangkan pahit. Sayur peria yang telah dipotong-potong hendaklah direndam sama ada air garam atau air beras sekurang-kurangnya 15minit. Kemudian diangkat, tos dan bolehlah dimasak seperti biasa.
Untuk kali ini kita akan membuat Peria Goreng Rangup. Resepi ini boleh juga digunakan untuk petola (amat sesuai bagi yang tidak mahu rasa pahit langsung).
Saya sudah mencuba menggunakkan peria besar, peria katak dan juga petola ular (snake gourd). Kesimpulannya, petola ular disukai oleh anak-anak manakala saya sendiri lebih menyukai peria katak. Peria besar pula terasa kurang pahit berbanding dengan peria katak. Pepehal, semua bergantung kepada anda.
PERIA GORENG RANGUP (BroZam)
Bhn2nya:
> 2 biji peria besar/3 biji peria katak saiz sederhana (bg yg x suka pahit bole je guna petola)
> 1/2 sb serbuk paprika
> 1/2 - 3/4 st garam atau secukup rasa.
> 4 sb tepung gandum.
> 1 sb tepung ubi kayu.
> 1 sb tepung beras.
> 1 biji telur
> Lada hitam
> Air sejuk secukupnya
Cara2nya:
- Basuh buah peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Hiriskan nipis melintang cam bentuk silinder. Buang isi tengah/biji.
- Dalam satu bekas campur serbuk paprika, tepung beras dan garam. Gaulkan peria dan pastikan semua bahagian disaluti tepung. Ketepikan.
- Panaskan minyak secukupnya.
- Didalam bekas yg lain campurkan tepung gandum, tepung ubi, lada hitam dan gaul.
- Pecahkan telur dan kocok sebelum dimasukkan ke adunan tepung. Sekarang masukkan air sejuk dan adun sampai mendapat kelikatan yang kita hendak.
- Celupkan peria tadi ke dalam adunan tepung gandum pula dan goreng sekeping2 sampai garing.
- Angkat dan toskan.
*Rasanya pahit dihujung2. Bagi yang nak hilangkan pahit peria, petua orang-orang tua rendam dulu dalam 1 sb air garam/air beras dlm 15mins. Angkat dan toskan. Insyallah, hilang pahitnya
Sedia untuk dihidangkan, yo!
No comments:
Post a Comment