Ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung termasuklah saya dan keluarga. Jadi tidak hairan lebuhraya sangat sibuk sepanjang perjalanan macam masa-masa balik beraya la pulak. Kampung kami nun jauh di Utara, perjalanan kebiasaannya mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam tapi disebabkan keadaan trafik jem yang teruk (bagi kami seawal jalan Damansara-Rawang) kali ini perjalanan mengambil masa 8 1/2jam, termasuk satu jam tidur di Petronas Sungkai.
Penat, mengantuk dan kaki lenguh, nasib orang rumah boleh memandu. Dari Gunung Semanggol sampai ke Gurun beliau ambil alih jadi dapat la saya berehat dahulu. Lepas Gurun saya ambil alih balik dan Alhamdulillah sampai pada masa yang "tepat".
Selalunya setiap kali balik Alor Setar, bila berkesempatan saya akan berkunjung ke satu tempat favourite - kiranya cam heaven bagi kaki pasar karat/barang antik/carboot sales - di Pasar Kg Berjaya.
Pada hari-hari lain, pasar Kg Berjaya ni sekadar pasar ikan/sayur biasa tetapi pada hari Jumaat berubah dan "mengembang" dengan kehadiran peniaga-peniaga lain menjual pelbagai barang-barang baru, lama, antik sehingga yang pelik dan unik. Dan yang lebih menariknya dengan tersiapnya beberapa barisan rumah kedai baru di sebelah pasar ini, lebih banyak "tapak-tapak" (tempat letak kereta) yang boleh digunakan oleh peniaga-peniaga hari Jumaat.
Setiap kali pergi ke sini saya akan bertolak dari rumah dalam jam 8pagi. Sampai disitu dalam jam 8.30pagi. Selalunya, bahagian "pasar karat" baru dibuka dalam jam 9pagi.
Saya memilih untuk pergi lebih awal kerana satu sebab... nak dapat parking yang terdekat untuk memudahkan saya menyimpan barang-barang yang telah dibeli kedalam kereta sebelum pergi semula berjalan-jalan disitu. Tak kuasa la nak menarik troli barang macam makcik-makcik yang pergi pasar tu :)
Terus-terang saya katakan selalunya saya akan "tawaf" tempat ni sekurang-kurangnya tiga kali supaya tidak terlepas barang-barang yang lebih menarik.
Masa "Tepat"
Untuk sesi kali ini, kerana jam sudah menunjukkan 7.30pagi kami putuskan untuk pergi terus ke pasar Kg Berjaya sebelum pulang ke rumah mertua. Dari lebuhraya kami keluar ikut Exit Alor Star Selatan, kemudian memandu terus ke arah pusat bandar.
Bagi yang kurang arif, tempat ni tidak jauh dari Aeon Big Alor Star.
Seperti yang dijangkakan, kali ini pasar karat tidak mengecewakan. Pelbagai barang dapat kami lihat dan juga tertarik hati untuk membeli. Dan yang paling penting sangat dapat berjimat, bayangkan jeans budak perempuan yang masih nampak macam baru semurah RM3 sehelai atau acuan kuih apam (kecil) hanya satu ringgit.
Walaupun sedikit penat kami masih mampu tawaf dua kali :) Cuma sedikit nasihat, kalau anda jenis suka "hunting" barang-barang tidak digalakkan membawa bersama anak-anak kerana mereka mudah cepat bosan dan kemudian merenget-renget nak balik awal.
Maaf, lupa pula nak ambil gambar barang-barang yang kami beli tadi sebab teruja nak balik cepat ke kampung jumpa mertua...hehe
No comments:
Post a Comment