Saturday, May 9, 2015

CREAM PUFF SAVOURY SANDWICH

HARI ini nakhoda kapal merangkap tukang masak mintak anak-anak kapal mengecat rumah jadi sebagai reward masak something special untuk breakfast. ( Sebenarnya dah dari malam semalam lagi dah buat tapi sebab keluar pergi dinner tidak jadi makan :)

Resepi ni terhasil dari permintaan group resepi yang saya joined. Tuan tanah tu letak gambar yang dia tengok online (tapi empunya produk tidak bagi resepi) dan minta pendapat ahli macamana nak buat. 

Berdasarkan gambar tu saya rasa dah betul lah apa yang saya buat ni. Kalau tidak pun tercipta gak resepi baru kan :) 

Anyway, alang-alang dah buat tu saya namakan resepi ni Cream Puff Savoury Sandwich.   

Resepi ni terbahagi kepada 3 bahagian: Inti, Choux Pastry dan, gabung dan bakar.

Mula-mula kita kena buat inti daging kisar pedas. Kalau guna ayam pun boleh juga.

Bahan-bahannya: 

400g daging kisar
2 biji ubi kentang dipotong dadu
200g sayur campur
2 biji bawang holland dipotong dadu
50g mentega
30g tepung gandum
50g whipping cream
1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa

Cara-caranya:

1. Cair kan mentega didalam kuali. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
2. Tambah bawang, kentang dan juga daging kisar. Agak-agak kentang dah empuk dan daging hampir masak masukkan sayur campur. 
3. Didih sebentar dan masukkan whipping cream. Tambah garam, gula dan serbuk perisa.
4. Masak hingga pekat. Ketepikan dan biar sejuk.

Seterusnya kita akan buat choux pastry. Choux pastry adalah doh asas kepada cream puff, profiteroles, churros dan banyak lagi.

Bahan-bahannya:

250g air 
125g mentega
1/2 st garam
200g tepung gandum
10g gula castor
6 biji telur

Cara-caranya:

1. Panaskan mentega, air dan garam diatas api sederhana. Kacau selalu. 
2. Bila mentega sudah cair masukkan tepung dan kacau laju selama 3 minit sehingga doh tidak melekat di dinding kuali.
3. Pindahkan doh ke dalam mixer dan pukul guna kelajuan sederhana menggunakkan paddle attachment. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga mendapat konsistensi doh dikehendaki.
4. Ketepikan sebentar.

Bila dua-dua bahan sudah sedikit sejuk, bolehlah kita mulakan proses yang ke tiga.

1. Untuk resepi ini saya mengunakkan loyang springform 8in. Leser loyang dengan minyak masak atau shortening. 
2. Panaskan oven 170C, guna api atas bawah. 
3. Mula-mula masukkan doh choux pastry dan rata kan. Lepas tu kita lapiskan pula dengan inti dan ratakan. Boleh guna belakang senduk untuk ratakan atau kalau rajin paipkan guna beg piping .
4. Akhirnya kita lapis semula doh choux pastry. 
5. Masukkan ke dalam oven. Masak guna api atas bawah 20 minit. Kemudian api atas sahaja dalam 5-10 minit. 
6. Keluarkan dan terbalikkan diatas redai sekejap. 

Sesuai dimakan semasa suam dan juga boleh disimpan didalam peti sejuk. Kemudian boleh dipanaskan menggunakan microwave.

Jom makan, yo!

 

No comments:

Post a Comment