Family saya memang suka makan cendawan termasuklah enoki ni.
Enoki atau enokitake ialah sejenis cendawan berasal dari negara matahari terbit. Sekali pandang ia berbentuk macam taugeh cuma lebih panjang dan putih.
Kalau mengikut penerangan Wikipedia - cendawan ini juga dikenali sebagai cendawan taugeh, cendawan musim sejuk atau cendawan jarum emas. Di wilayah dunia beriklim sejuk, cendawan tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah mulai musim luruh hingga awal musim bunga. Cendawan ini juga diketahui tumbuh di bawah salji. Cendawan tumbuh di permukaan batang pohon Celtis sinesis (bahasa Jepun: Enoki) yang sudah mereput, sehingga disebut Enokitake (cendawan Enoki).
Ni dia rupa Enoki bila belum masak. Pix courtesy of idealrecipes.blogspot.com |
Harganya pun takde la mahal sangat. Sepeket dalam RM1.
Recently, lepas buat spaghetti carbonara ada lebih sepeket. Since takde idea sangat, masak je gitu guna resepi masak halia. Sodap weih!
Bhn2nya:
1 peket cendawan enoki
2in halia - dipotong
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
3 sb sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
Cara2nya:
- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau
- Masukkan cendawan dan kacau seketika
- Tambah sos tiram dan sedikit air kalau nak berkuah
Sedia dihidangkan, yo!
No comments:
Post a Comment