Tuesday, June 30, 2015

PERIA/PETOLA GORENG RANGUP

BAGI yang selalu berkunjung ke restoren mamak pasti sudah biasa melihat masakan ini, peria goreng, diantara menu untuk makan tengahari.

Umum mengetahui peria sejenis sayuran yang pahit tetapi mengandungi banyak khasiat. 

Dipasar-pasar yang biasa dijumpai samada peria biasa yang panjang dengan warna hijau muda dan juga “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. 

Antara masakan popular bagi peria ialah masak lemak dan goreng telur.

Bagi yang tidak suka rasa pahit peria boleh menggunakan petua ini untuk mengurangkan pahit. Sayur peria yang telah dipotong-potong hendaklah direndam sama ada air garam atau air beras sekurang-kurangnya 15minit. Kemudian diangkat, tos dan bolehlah dimasak seperti biasa.

Untuk kali ini kita akan membuat Peria Goreng Rangup. Resepi ini boleh juga digunakan untuk petola (amat sesuai bagi yang tidak mahu rasa pahit langsung). 

Saya sudah mencuba menggunakkan peria besar, peria katak dan juga petola ular (snake gourd). Kesimpulannya, petola ular disukai oleh anak-anak manakala saya sendiri lebih menyukai peria katak. Peria besar pula terasa kurang pahit berbanding dengan peria katak. Pepehal, semua bergantung kepada anda.

PERIA GORENG RANGUP (BroZam)

Bhn2nya:

> 2 biji peria besar/3 biji peria katak saiz sederhana (bg yg x suka pahit bole je guna petola)
> 1/2 sb serbuk paprika
> 1/2 - 3/4 st garam atau secukup rasa.
> 4 sb tepung gandum.
> 1 sb tepung ubi kayu.
> 1 sb tepung beras.
> 1 biji telur
> Lada hitam
> Air sejuk secukupnya

Cara2nya:

- Basuh buah peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Hiriskan nipis melintang cam bentuk silinder. Buang isi tengah/biji.
- Dalam satu bekas campur serbuk paprika, tepung beras dan garam. Gaulkan peria dan pastikan semua bahagian disaluti tepung. Ketepikan.
- Panaskan minyak secukupnya.
- Didalam bekas yg lain campurkan tepung gandum, tepung ubi, lada hitam dan gaul.
- Pecahkan telur dan kocok sebelum dimasukkan ke adunan tepung. Sekarang masukkan air sejuk dan adun sampai mendapat kelikatan yang kita hendak.
- Celupkan peria tadi ke dalam adunan tepung gandum pula dan goreng sekeping2 sampai garing.
- Angkat dan toskan.

*Rasanya pahit dihujung2. Bagi yang nak hilangkan pahit peria, petua orang-orang tua rendam dulu dalam 1 sb air garam/air beras dlm 15mins. Angkat dan toskan. Insyallah, hilang pahitnya

Sedia untuk dihidangkan, yo!



Monday, June 29, 2015

CANTONESE-STYLE STEAMED DORY

HARI ini masuk hari ke 11 kita berpuasa. Yup, pejam celik pejam celik sudah 1/3 bulan kita berpuasa. Memang cepat sungguh berlalu. Dan paling menariknya untuk tahun ini masih lagi berjaya untuk tidak menjejak kaki ke bazar Ramadhan.

Bukan apa, sekadar berjanji pada diri sendiri pada tahun ini selain untuk menjimatkan duit tetapi yang paling penting ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang sama minat (dunia masakan). Dibulan puasa ni memang perlu memperbanyakkan amalan dan sedekah. Tetapi untuk sedekah duit mungkin saya kurang berkemampuan sangat tahun ini jadi saya memilih untuk berkongsi ilmu. Semoga diberkati olehNya :)

Untuk kesempatan kali ini saya ingin kongsikan masakan yang saya buat dua hari lepas, cantonese-style steamed dory atau dalam BM lebih kurang Ikan Dori stim masak ala kantonis.

Saya cuma mengunakan ikan dori beku yang mudah didapati di pasaraya2. Tidak bertulang dan sekejap sahaja masa memasaknya. Jadi sesuai bagi mereka yang tidak cukup masa tetapi masih ingin memasak sendiri untuk berbuka.smile emoticon


CANTONESE-STYLE STEAMED DORY (BroZam)

Bhn2nya:

1 keping ikan dory fillet frozen
2 batang daun bawang
4 sb halia muda potong serong
1 ikat daun sup
2 ulas bawang putih
3 sb kicap cair
Gula secukup rasa
1/4 cwn air
1 sb minyak bijan
2 sb minyak

Cara2nya:


- potong kasar daun sup dan bawang. Ketepikan.
- defrostkan ikan dory dan kukuskan sampai masak dalam 15mins. Angkat ke dalam pinggan.

Untuk kuah: 

- campurkan kicap, air dan minyak bijan dalam satu bekas. Kacau sebati.
- panaskan minyak dan goreng halia sampai naik bau. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar.
- Tambah daun bawang dan sup. Goreng seketika sampai layu.
- Masukkan air kicap tadi dan perasakan dengan gula.
- Goreng sekejap sahaja.
- Angkat dan tuangkan atas ikan tadi.

Enjoy, yo!


Thursday, June 25, 2015

BEZA MENTEGA DAN MARGERIN

SATU artikel berinformatif bagi anda yang ingin tahu perbezaan antara mentega dan margerin. 

Sangat berguna terutama masa sekarang, di bulan Ramadhan, dimana ramai yang sedang atau akan membuat pelbagai kuih-kuih untuk jamuan raya nanti.

Dipetik Dari Utusan Online dan disimpan disini sebagai bahan rujukan saya dan pengunjung-pengunjung blog ini.


ARKIB : 08/11/2013

Mentega atau margerin

MINGGU ini saya akan mengupas topik kelebihan menggunakan mentega dalam makanan terutamanya produk pastri seperti kek dan biskut.

Seringkali ada segelintir orang yang keliru antara mentega dan marjerin. Jika dipandang sekali imbas, kedua-dua lemak ini memang karakternya hampir sama. Tetapi ternyata mempunyai perbezaan yang ketara jika digunakan dalam masakan.

Mentega merupakan produk industri susu kerana bahan utama pembuatannya berasal daripada lemak haiwan atau susu (80-82 peratus) yang diproses menjadi pepejal lemak.

Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.

Mentega mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan enak kerana itulah harganya sedikit mahal. Marjerin pula adalah pepejal lemak lembut yang diproses daripada minyak tumbuhan seperti sawit.

Kita boleh membezakan daripada warnanya. Warna mentega kekuningan pudar manakala marjerin warnanya kuning pekat. Di pasar raya mentega akan dibalut dengan bungkusan aluminium atau kertas dan dijual di bahagian sejuk dingin.

Ciri-ciri mentega adalah ia mempunyai aroma yang kuat dan tajam. Walaupun mentega juga boleh dicairkan dan dijadikan minyak untuk menumis dan menggoreng kacau, namun ia lebih sesuai untuk kek dan biskut.

Terdapat dua jenis mentega yang dijual iaitu yang bergaram dan tanpa garam.

Jika menggunakan mentega yang bergaram anda tidak perlu lagi meletakkan garam dalam kek atau biskut. Tetapi terpulanglah kepada anda jika mahu juga menambahkan garam, tetapi jangan berlebihan.

Mentega tanpa garam lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Tetapi jika menggunakan mentega tanpa garam anda mempunyai pilihan untuk meletakkan garam mengikut sukatan yang anda suka dalam produk bakaran anda.

Apa pun terpulanglah kepada anda untuk memilih jenis mentega mengikut kesesuaian makanan yang ingin anda sediakan.

Sebenarnya menggunakan mentega asli dan segar membuatkan anda berasa puas hati dengan hasil bakaran. Mentega dapat menambah isipadu kek dan biskut selain dapat memberi rasa lemak dan lazat.

Kek yang menggunakan mentega pasti menjadi lembut dan gebu. Jika digunakan dalam biskut pula ia akan menghasilkan rasa rangup pada biskut.

Kelebihan seterusnya jika menggunakan mentega asli, aroma yang dihasilkan menjadi harum dan meningkatkan selera kita untuk menikmatinya.

Aroma yang wangi dan semerbak itu membuatkan ramai yang memilih untuk menggunakan mentega dalam masakan.

Walaupun harga mentega asli sedikit mahal terutamanya mentega tanpa garam tetapi apa salahnya menggunakannya jika hasilnya harum dan sedap.

Mentega adalah produk yang tidak tahan pada suhu panas. Ia mudah mencair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu persekitaran yang panas.

Jadi, sebaiknya anda perlu menyimpan mentega dalam peti sejuk supaya jangka hayatnya boleh tahan untuk beberapa bulan. Berikut adalah beberapa tip dalam kita memilih dan menggunakan mentega.

Pertama pilih mentega yang masih baik bungkusannya Jangan membeli mentega yang sudah terkoyak bungkusannya.

Elakkan menggunakan mentega yang sudah naik cendawan atau mempunyai bintik-bintik hitam. Jika anda tidak habis menggunakan mentega simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

Jangan dibiarkan ditempat yang panas atau terdedah pada cahaya matahari kerana ia mudah mencair.

Jika anda ingin menggunakan mentega untuk membuat kek atau biskut sebaiknya anda biarkan ia lembut dan barulah dipukul.

ArtikelPenuh: 

Wednesday, June 24, 2015

JUS TNS+

HARINI terlalu banyak pula urusan insurance dan roadtax diluar. Kira nasib lah kebetulan kereta saya dan kereta orang rumah kena diperbaharui sebelum hujung bulan ini...huhu.  

Alhamdullilah semua selesai sebelum pukul 4ptg. Pastu singgah Giant sekejap beli beberapa barang keperluan. Tetapi bila dah sampai rumah terasa macam malas nak buat apa-apa. Nampaknya berbuka dengan sardin saja lah harini.

Tahun ini saya macam kurang makan pula tetapi lebih banyak minum air. Sebab dah "terbeli" sebiji tembikai tadi hati terus rasa nak buat jus. Tetapi tidak mahu sekadar jus tembikai biasa, untuk menjadi lebih menarik saya olah sedikit...ala-ala membuat jus detok dengan menambah dua perisa tambahan maka terhasil lah Jus TNS+ (nama rekaan sendiri semata2 hehe). 

Jus apa? Tgk aje lah resepi nanti baru faham :)

JUS TNS+ (BroZam)

Bhn2nya:

> Sepotong tembikai
> Sepotong nenas
> 1 Yogurt perisa strawberry (bekas yg paling kecil)
> 1 cawan air masak
> gula secukupnya

Cara2nya: 


- Masukkan tembikai, nenas dan air masak serta gula ke dalam blender. Blend sehingga gula hancur.
- Tambah yogurt dan sambung blend sampai sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas. Jika suka boleh tambah ais.

Sedia untuk diminum, yo!


Tuesday, June 23, 2015

CARAMEL APPLE JALOUSIE

NI cerita sehari sebelum puasa tempoh hari. Dah beberapa hari beli kulit pastri tapi tidak tahu hendak buat apa. Fikir punya fikir

akhirnya teringat pada satu resepi Anna Olson yang mudah dan senang hendak dibuat.

Cuma ada sedikit olahan iatu resepi asal menggunakan toffee tetapi kerana tiada stok saya guna saja Kopiko. Best juga ada perasa kopi.

Untuk pengetahuan toffee adalah gula-gula diperbuat dengan menukar gula kepada karamel dan dicampur dengan mentega dan kekadang tepung.

CARAMEL APPLE JALOUSIE (BroZam)
Olahan dari resepi Anna Olson

Bhn2nya:


> 1 biji epal hijau - dikupas kulit dan dipotong nipis
> 2 sb gula perang
> 2 sb gula-gula Kopiko (dihancur dengan lesung)
> 1/2 st serbuk kayu manis
> 1 keping kulit pastri jenama Kawan size 8in
> 1 biji kuning telur sebagai eggwash


Cara2nya:

- Panaskan oven 180C
- Untuk inti campurkan gula perang, serbuk kayu manis, gula-gula Kopiko dan hirisan epal. Gaul sebati dan ketepikan.
- Seterusnya untuk kulit pastri. Potong ke tiga bahagian (boleh agak2 atau guna pembaris) menggunakan pemotong pizza:
1) 8cm lebar untuk dijadikan base.
2) 9cm lebar untuk bahagian atas.
3) selebihnya akan dipotong lagi kepada 3 bahagian sama lebar. Bahagian2 ini dijadikan sebagai frame/pagar diletakan sekeliling atas base untuk mengelak inti dari terkeluar semasa memasak.
- Sapukan eggwash keseluruhan bahagian base. Letakkan inti. Pastikan semua didalam frame/pagar.
- Kulit pastri untuk bahagian atas (9cm) dihiris beberapa kali tetapi jangan putus. Tujuan untuk membebaskan wap yang terhasil oleh inti semasa membakar dan juga untuk memudahkan ia meregang dan menutupi sampai bahagian bawah bila diletakan diatas inti.
- Angkat dan letakkan kulit pastri keatas inti dan boleh juga ditekan dengan garfu untuk lekat semua bahagian
- Sapukan eggwash keseluruhan pastri dan taburkan sedikit gula perang dan gula-gula kopiko (jika ada lebih).
- Bakar 10min pertama dalam 180C, seterusnya kurangkan suhu ke 170C dan bakar lagi dalam 20minit atau sehingga masak.

Enjoy masa masih panas, yo!