Thursday, November 5, 2015

CHICKEN CORDON BLEU

INI menu special sempena meraikan kenaikan pangkat yang tercayang :p 

Dulu rajin gak order bila pergi ada satu franchise restaurants (ala yang banyak jual kek tu...hint, hint). 


So sempena hari special tu yang buat. 


Resepi ni diolah dari Comfortablefood.com. My goodness, resepi  Parmesan Mustard sauce memang marbeles giles. Sedap sungguh dan sesuai gak dijadi sos hotdog atau burger.

Anyway, ayang tahniah diatas kenaikan pangkat tu... hujung bulan boleh la belanja kita orang :p


- XOXO -  hehe






CHICKEN CORDON BLEU (BroZam)

Cara2nya: 

Diolah dari: www.comfortablefood.com

2 dada ayam - dipotong setengah setiap satu so dapat 4 bahangian

1/2 st garam 
1/4 st lada hitam
4 potongan Cheddar Slices
1/2 cawan tepung gandum 
4 thin sliced meatloaf Ramly
2 large eggs - tapi saya guna 4 kuning telur lebih buat Pavlova kelmarin
2 sb fresh milk - saya tidak guna
3 sb olive oil - saya guna minyak sawit

Parmesan Mustard sauce: 


2 sb mentega
2 sb tepung gandum
1 cawan fresh milk - saya guna susu tepung
1 bouillon cube - ala ni kiub stok ayam ler 
1/2 st garam
1 sb dijon mustard - saya ganti dengan Heinz's Yellow Mustard
1 sb worcestershire sauce 
1/4 cawan grated parmesan

Cara2nya:

- First untuk penyedian ayam
- Panaskan oven ke suhu 175C
- Setiap dada ayam dipotong setengah so jadi dua bahagian yang nipis.
- ambil 2 plastik bersih (plastik air boleh juga digunakan). Letakkan diatas meja kemudian letakkan sekeping dada ayam dan alaskan dengan plastik yang satu lagi.
- Sekarang gunakan meat pounder (atau juga rolling pin) dan ketuk-ketuk ayam sampai leper. Jangan kuat sangat takut ayam berkecai.
- Keluarkan ayam dan letak diatas pinggan. Taburkan garam dan lada hitam secukupnya.
- Sekarang letak meatloaf diatas ayam tersebut. Kemudian diatasnya letak pula cheddar slice.
- Gulungkan kesemuanya (ala macam gulung tikar) dan pin di hujung dengan pencungkil gigi ataupun lidi satay yang sudah dipotong pendek agar gulungan tidak terbuka  untuk proses seterusnya.
- Sediakan tiga mangkuk/pinggan bersih.
- Yang pertama letakkan tepung. Boleh juga ditabur garam dan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
- Yang kedua untuk telur. Kacau. Boleh juga dikacau dengan sedikit susu.
- Yang ketiga adalah untuk bread crumb.
- Mula-mula gaul ayam yang telah digulung tadi didalam tepung sampai melitupi semua bahagian. Kemudian celup didalam bancuhan telur. Finally, gaul dan salutkan didalam mangkuk yang berisi bread crumb. Ketepikan.
- Buat yang sama untuk ketiga-tiga bahagian ayam yang lain.
- Sekarang panaskan sedikit minyak didalam kuali leper/non-stick. Guna api sederhana.
- Gunakan penyepit dan "brown" (perangkan) setiap bahagian ayam. Senang cerita, mula-mula celupkan bahagian bawah ayam kedalam minyak, kemudia bahagian atas, seterusnya bahagian kiri dan kanan. Sehingga lah semua bahagian ayam telah "di perang kan"
- Letak dalam baking tray dan masukkan kedalam oven. Masak dalam 20 - 25 minit.
- Keluarkan dan boleh serve diatas pinggan. 

Untuk membuat sos
- Panaskan mentega didalam non-stick pan atas api sederhana. 
- Bila mentega dah cair masukkan tepung. Guna whisk untuk kacau 1-2 minit.
- Perlahan-lahan masukkan susu. Kemudian tambah stok ayam dan garam. Terus mengacau sehingga sos menjadi sedikit pekat - dalam 5 minit.
- Padamkan api dan sekarang boleh masukkan mustard, sos worchestershire dan juga parmesan.  Kacau sehingga sebati dan keju dah cair sepenuhnya.

Tuangkan sos diatas ayam dan selamat menjamu selera, yo!










No comments:

Post a Comment