Tuesday, November 10, 2015

KELI GORENG TEPUNG

ASYIK-ASYIK sotong sahaja, apa kata kali ini kita cubaTry guna bahan lain pulak untuk masakan goreng tepung. 

Arakian, hehe ter-bahasa lama pula, terjadi lah Keli Goreng Tepung ni. Caranya lebih kurang je macam kita nak buat sotong atau udang goreng tepung cuma sedikit olahan untuk memenuhi citarasa saya la.




KELI GORENG TEPUNG (BroZam)

Bhn2nya:
3 ekor keli - potong-potong. Utk resepi ni saya buang kepala dan ekor.
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
2 sb tepung beras (saya tidak letak sebab sudah habis)
1 sb serbuk black pepper lemon/lada sulah
1 sb sos ikan
sedikit serbuk kunyit dan garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara2nya:

- Campurkan kesemua tepung bersama garam, lada sulah dan serbuk kunyit. kacau rata
- Didalam bekas lain, pecahkan telur. Campurkan sos ikan.
- Pastikan potongan keli telah ditoskan air nya. Celup dalam bancuhan telur.
- Kemudian masukkan pula sotong tadi kedalam tepung. Saya buat proses ni dua utk mendapat lapisan tepung lebih tebal.
- Gorengkan sehingga garing. Deep fry guna api sederhana
- Angkat, tos dan boleh dihidangkan bersama sos cili.

Selamat mencuba, yo!



No comments:

Post a Comment