Friday, November 27, 2015

OREO CHOC INDULGENCE CAKE

ASALNYA resepi kek Chocolate Indulgence tetapi saya sudah olah sedikit. 

Resepi nya amat panjang dan steps nya pun lebih. Kena buat Oreo crust, kek chocolate chiffon, mousse hitam, mousse putih dan akhirnya chocolate ganache. You've been warned!

* Oreo crust ditambah kerana resepi asal called for loyang 9in tapi dirumah ada loyang 9.5in jadi bila chiffon kek siap tak boleh nak potong empat hanya tiga lapisan. Kalau dapat empat lapisan baru lawa.
** Mousse coklat putih seelok-eloknya dibuat sehari sebelum buat kek. 

Bhn2nya:

Oreo Crust:

2 cawan oreo cookies (lebih kurang 20-24 pcs) - dikisar halus
2 sb mentega

Chocolate Chiffon cake:

Bahan A

30g serbuk koko (larutkan dalam 120ml air suam)
4 biji kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 st esen vanila

Bahan B

4 biji putih telur
60g gula kastor 
1/4 st cream of tartar

Filling A: Mousse Coklat Hitam

200g coklat masakan hitam 
2 kuning telur
2 putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sb mentega
250ml Anchor whipping cream (diputar hingga kental)
1 1/2 sb gelatin
50ml air 

Filling B: Mousse Coklat Putih

200g coklat masakan putih
100ml fresh milk
2 kuning telur
2 putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (diputar hingga kental)
2 sb gelatin
50ml air

Topping: Chocolate Ganache

150ml Anchor whipping cream 
350g coklat masakan hitam
1 sb mentega cair 

White coating:

150g krim putar bukan tenusu (non-dairy)
* ini untuk cover bahagian luar kek tu nanti. Boleh juga guna mousse putih (tinggalkan sedikit setelah dituang ke atas dua-dua lapisan kek tu.)

Cara2nya:

Oreo Crust:

- Keluarkan inti cream dari oreo cookies. Kalau suka cream ni boleh dicampur kedalam either adunan mousse hitam atau putih.
- Blend cookies sampai halus. Campur kan dengan mentega cair dan gaul sebati.
- Saya guna 9.5in springform untuk membuat kek ni.
- Masukkan kedalam pan dan tekan rata dengan jari. 
- Bakar dalam suhu 150C selama 10-15 minit.
*FYI, saya buat ni lepas bakar kek chiffon dahulu sebab dirumah hanya ada satu pan sahaja.

Chiffon Cake: 

- Satukan bahan A dan pukul hingga kembang mengunakan high speed.
- Didalam mangkuk lain pukul bahan B sehingga kental mengunakan high speed
- Masuk dan satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. 
- Tuang ke dalam loyan 9.5in springform dan bakar selama 40 minit pada suhu 180C.
- Angkat dari loyang dan terlangkupkan di atas redai dan biarkan betul-betul sejuk. Potong pada 3 lapisan.

Untuk filling mousse samada hitam atau putih caranya sama sahaja:

- Rendam gelatin didalam air sampai kembang. Cairkan secara double boiler sehingga gelatin larut dan ketepikan.
- Didalam bekas lain cairkan coklat masakan (samada putih atau hitam) secara double boiler. Bila sudah betul-betul cair masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil mengacau coklat dengan pantas. 
- Sekarang tambah gelatin kedalam adunan. Gaul sehingga sebati dan angkat.
- Didalam bekas lain putar putih telur dan gula sehingga kembang. 
- Didalam bekas lain putar whipping cream sehingga kental.
- Kaup balik adunan putih telur kedalam adunan coklat yang masih panas tadi. Kemudian tambah whipping cream yang telah diputar kedalam adunan dan gaul hingga rata.
(Bagi mousse putih, tambahkan juga fresh milk dan gaul hingga rata.)
*Bagi mousse putih seelok-eloknya dibuat sehari sebelum dan disimpan didalam peti sejuk
* Bagi mouse hitam boleh dibuat dan disimpan selama sejam didalam peti sejuk sebelum assemble kek.

Chocolate Ganache:

- Masak secara double boiler.
- Mula-mula panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi periuk kemudian masukkan coklat dan mentega.
- Kacau sehingga cair dan tuang diatas kek.


Untuk assemble kek:

- Saya guna 9.5in springform loyang untuk assemble kek ni.
- Keluarkan mousse putih dari peti sejuk dan putarkan sampai kembang sebelum digunakan
- lapisan pertama ialah lapisan Oreo crust. Bahagikan mousse putih kepada dua bahagian dan tuangkan satu bahagian diatas crust dan ratakan.
* Jika mousse putih cukup keras boleh diletakkan lapisan kek chiffon diatasnya. Kalau nampak macam cair masukkan dulu kek ke dalam peti sejuk untuk seketika.
- Keluarkan mousse hitam dan seperti diatas whisk sampai kembang.
- letakkan lapisan kek chiffon pertama keatas mousse putih. Lepas tu tuang mouse hitam keatasnya.
- letakkan lapisan kek chiffon seterusnya diatas mouse hitam.
- Tuangkan baki mousse putih keatasnya.
- Akhirnya letak lapisan kek chiffon ketiga diatasnya.
- Simpan semalaman di dalam peti sejuk
- Keluarkan dari springform pan. 
- Untuk bahagian luar saya guna non-dairy whipping cream yang telah diputar kental dan coat kesemua bahagian kek.
- Sejukkan buat 1 - 1 1/2 jam didalam peti sejuk.
- Keluarkan. Letak kek diatas redai dan tuang chocolate ganache rata-rata. Boleh pilih samada tutup kesemua bahagian kek atau hanya ratakan dibahagian atas dan meleleh dibahagian tepi. Ikut suka.
- Biar chocolate ganache mengeras sebelum dihias (cthnya dengan strawberry dan sebagainya).

Sejukkan sebelum dipotong, yo!







No comments:

Post a Comment