Wednesday, November 25, 2015

PAK CHOY MASAK OYSTER SAUCE

TERKEJUT gak sayur ni amat digemari oleh anak-anak. 

Selalu berbanding sayur-sayur lain puas kena berpujuk, bergaduh dan bernangis nak suruh mereka makan hehe.

Tapi yang ini laju sahaja diorang boleh makan, siap berebut lagi. Pastu makan begitu sahaja.

Nampaknya mungkin kena buat selalu ni. Alhamdullilah buatnya pun amat mudah.





PAK CHOY MASAK SOS TIRAM (BroZam)

Bhn2nya:

Seikat sayur Pak Choy

4 ulas bawang putih (potong bentuk kiub kecil)
3 sb sos tiram
1 sb tepung jagung
1/4 cawan air (boleh dilebih atau dikurangkan)

Cara2nya:


- Mula-mula celur sayur dalam air mendidih dahulu. Jangan lama-lama. 

- Angkat dan terus rendam dalam air ais. Sekejap sahaja kemudian angkat dan toskan airnya.
- Untuk membuat sos, just tumis bawang putih sebentar pastu masukkan sos tiram.
- Tambah air.
- Untuk memekatkan kuah boleh dicampur dengan sedikit tepung jagung.
- Akhir sekali, tuangkan kuah diatas sayur. 
* Kalau suka boleh juga ditambah sedikit minyak bijan, halia cincang dan serbuk perasa. Tapi bagi saya apa yang dibuat diatas sudah mencukupi. 

Sedia untuk dihidangkan, yo!!









No comments:

Post a Comment