Memang lazat dan membuatnya pun tidak sesusah mana.
Daun selasih atau nama lainnya adalah kemangi, merupakan ulam yang sangat berkhasiat.
Boleh dimakan mentah atau seperti resepi ini, penyedap didalam masakan.
![]() |
Mengikut apa yang saya baca online, daun ini juga mengurangkan ketegangan dan tekanan. Banyak sebenarnya khasiat daun selasih jadi kalau ada masa silalah rujuk En.Google :)

THAI BASIL CHICKEN (BroZam)
Resepi asal: Retna Vijayan
Bhn2nya:
800g - 1kg ayam - dipotong
6 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong nipis
2 - 4 biji cili padi
4 - 8 helai daun limau purut - dimayang
1 biji bawang kuning - dipotong dadu
2 st pes bawang putih
1in halia
1 - 2 sb kicap manis
1 - 2 sb sos ikan - kalau dah guna tidak perlu tambah garam lagi
1 st gula perang
1 - 2 cawan daun selasih
Cara2nya:
- Tumis bawang-bawang dan halia sehingga perang dan naik baur (dalam 3 - 4 minit)
- Masukkan lebih kurang 3/4 dari jumlah cili dan daun limau purut. Selebihnya dimasukkan bila dah hampir masak nanti.
- Dalam dua minit boleh masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar putih.
- Curah kicap pekat dan sos ikan. Gaul sebati dan biar sehingga warna bertukar sedikit pucat. Rasa dan boleh tambah sukatan jika dirasakan perlu.Boleh juga ditambah sedikit gula jika mahu.
- Sekarang boleh masukkan daun selasih. Jika suka banyak boleh letak banyak :) Simpan sedikit untuk hiasan nanti.
- Kacau selama dua minit lagi.
- Angkat dan letak didalam pinggan. Taburkan cili, daun limau purut (yang telah dihiris halus) dan daun selasih yg diketepikan tadi.
* Boleh dihidangkan bersama nasi beras wangi Thai, telur goreng, hirisan timun, kobis mentah dan tomato.
Sedia dimakan, yo!!
No comments:
Post a Comment