Minggu lepas saya telah ke IKEA untuk membeli sedikit barang yang dikirim orang. Seperti biasa adalah menjadi satu kewajipan untuk singgah direstorennya dan menikmati hidangan utama iaitu meatballs. Tapi selepas GST harga barang-barang, termasuk makanan ini telah naik sedikit.
Jadi kalau teringin nak makan lebih, baik beli meatballs beku, sos yang sudah siap dan juga jem lingonberry untuk dibuat/diadun sendiri dirumah. Dengan cara ini boleh menikmati meatballs Ikea ni dengan lebih banyak tetapi bayar kurang.
Untuk pengetahuan anda, harga bagi sepeket 1kg meatballs beku Ikea dicampur dengan 3 peket sos dan 1 botol jem berharga RM50+. Mungkin mahal tetapi anda boleh dapat lebih kurang 12 pinggan meatballs (saiz budget) yang dijual direstoren IKEA.
Kali pertama buat sosnya rasa macam berlainan sedikit. Jadi saya pun telefon hotline IKEA dan minta disambung ke Kitchen department. Berjaya bercakap dengan seorang supervisor (maaf nama dah lupa) untuk bertanya bagaimana mereka memasak sos dan meatballs disitu. En supervisor yang peramah memberitahu semua yang perlu. Terima kasih diucapkan.
Dan untuk melengkapkan hidangan (supaya sama macam direstoren) saya menggunakan Knorr instant mashed potato.
Jom la tengok cara-cara penyediannya.
IKEA MEATBALLS (BroZam)
Bhn2nya:
1 peket 1kg meatballs IKEA beku
1 peket serbuk sos
~ 280ml air
~ 70ml whipping cream jenama Anchor
1 botol jem lingonberry
1 peket kecil Knorr instant mashed potato
Cara2nya:
- Menurut cara-cara memasak dibelakang peket anda hanya perlu microwave kan frozen meatballs selama 3minit pada suhu HIGH atau bakar didalam oven selama 15minit pada suhu 160C.
- Saya sudah mencuba kedua-dua cara dan juga mengoreng dengan minyak sedikit. Saya dapati membakar lebih hampir rasanya dengan yang dijual direstoren IKEA.
- Dah masak ketepikan.
- Untuk sos pula kita panaskan 280ml air sehingga menggelegak. Masukkan serbuk sos dan kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau sebati. Ketepikan.
- Untuk Knorr instant potato. Tiada sukatan khusus. Cuma panaskan air dan masuk serbuk Knorr sedikit demi sedikit sambil kacau sampai mendapat konsistensi yang disukai. Untuk lebih berlemak saya selalu gantikan air dengan susu freshmilk.
- Akhir sekali buka penutup jem dan sediakan meatballs serta kentang putar diatas pinggan dan tuang kuah.
Sedia untuk dimakan, yo!!
No comments:
Post a Comment