Sunday, November 15, 2015

NASI AYAM

MALAM ni wife sendiri merajinkan diri masak Nasi Ayam. Nak nunggu En Somi dia masak lambat sangat sebab sibuk dengan membaking kek pelbagai.

Malas nak puji tetapi nak puji jugak resepi nasi ayam ini walau simple tapi osom giles...mungkin sebab air tangan ayang kot hehe (Sok malam boleh buat lagi hihi). 


Anyway, sesiapa yg teringin, kalau bahan-bahan dah ada dalam sejam boleh siap, Insha'allah. 

Seperti biasa nasi ayam terbahagi pada enam bahagian: nasi, ayam, sup, kicap, kuah cili dan assessori (seperti hirisan timun, tomato atau salad).

Untuk resepi ini, mula-mula selepas bersihkan ayam (lemak dan kulit ayam diasingkan) kita akan masak sup dahulu kerana air sup akan dibahagi kepada dua bahagian: separuh untuk menanak nasi dan selebihnya masa time makan nanti.



NASI AYAM (BroZam)

Untuk Nasi:

4 pot beras (untuk 4-6 orang makan)
1 - 1 1/2 st serbuk kunyit
3 sb marjerin
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1in halia - ditumbuk
* lemak dan kulit ayam

Cara2nya:- Nyalakan rice cooker dan bila sudah panas masukkan majerin.
- Tumis bahan2 yang telah tumbuk hingga perang.
- Masukkan lemak dan kulit ayam, tumis sekali.
- Kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.
- Akhirnya masukkan sup dari rebusan ayam. Banyak mana agak2 mengikut citarasa seperti masa masak nasi biasa.

Untuk Sup:

Ayam dipotong mengikut citarasa masing-masing
4 biji bawang putih- ditumbuk
2 biji bawang merah- ditumbuk
2in halia- ditumbuk
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Tidak perlu tumis, cuma didihkan air dan masukkan semua bahan2.
- Bila ayam dah empuk, tutup api.
- Keluarkan ayam dan toskan untuk diperap dan kemudian digoreng.
- Sup tu bahagikan separuh untuk masak nasi dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.
- Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

Untuk Ayam Goreng:

- Ayam yang telah direbus dan ditos tadi akan diperap selama 30minit didalam bahan2 berikut: sos tiram, kicap cair
kicap manis, madu dan sedikit minyak bijan. Setiap satu dalam dua hingga tiga sudu besar (ikut citarasa masing2)
- Selepas itu boleh digoreng hingga garing.

Untuk Kuah Cili:

5 biji cili merah
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 st cuka
2 sb cili sos

Cara2nya:
- Kisar kesemua bahan kecuali cili sos.
- Panaskan kuali kecil dan masuk semua bahan. Tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

Untuk Kuah Kicap:

- Bahan2 perapan ayam yang lebih tadi boleh dicampurkan dengan sedikit kuah sup. Boleh perasakan lagi dengan kicap manis jika perlu.

Akhir sekali hidangkan dengan hirisan timun, tomato dan/atau daun salad.

Enjoy yo!!



No comments:

Post a Comment