Tuesday, June 30, 2015

PERIA/PETOLA GORENG RANGUP

BAGI yang selalu berkunjung ke restoren mamak pasti sudah biasa melihat masakan ini, peria goreng, diantara menu untuk makan tengahari.

Umum mengetahui peria sejenis sayuran yang pahit tetapi mengandungi banyak khasiat. 

Dipasar-pasar yang biasa dijumpai samada peria biasa yang panjang dengan warna hijau muda dan juga “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. 

Antara masakan popular bagi peria ialah masak lemak dan goreng telur.

Bagi yang tidak suka rasa pahit peria boleh menggunakan petua ini untuk mengurangkan pahit. Sayur peria yang telah dipotong-potong hendaklah direndam sama ada air garam atau air beras sekurang-kurangnya 15minit. Kemudian diangkat, tos dan bolehlah dimasak seperti biasa.

Untuk kali ini kita akan membuat Peria Goreng Rangup. Resepi ini boleh juga digunakan untuk petola (amat sesuai bagi yang tidak mahu rasa pahit langsung). 

Saya sudah mencuba menggunakkan peria besar, peria katak dan juga petola ular (snake gourd). Kesimpulannya, petola ular disukai oleh anak-anak manakala saya sendiri lebih menyukai peria katak. Peria besar pula terasa kurang pahit berbanding dengan peria katak. Pepehal, semua bergantung kepada anda.

PERIA GORENG RANGUP (BroZam)

Bhn2nya:

> 2 biji peria besar/3 biji peria katak saiz sederhana (bg yg x suka pahit bole je guna petola)
> 1/2 sb serbuk paprika
> 1/2 - 3/4 st garam atau secukup rasa.
> 4 sb tepung gandum.
> 1 sb tepung ubi kayu.
> 1 sb tepung beras.
> 1 biji telur
> Lada hitam
> Air sejuk secukupnya

Cara2nya:

- Basuh buah peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Hiriskan nipis melintang cam bentuk silinder. Buang isi tengah/biji.
- Dalam satu bekas campur serbuk paprika, tepung beras dan garam. Gaulkan peria dan pastikan semua bahagian disaluti tepung. Ketepikan.
- Panaskan minyak secukupnya.
- Didalam bekas yg lain campurkan tepung gandum, tepung ubi, lada hitam dan gaul.
- Pecahkan telur dan kocok sebelum dimasukkan ke adunan tepung. Sekarang masukkan air sejuk dan adun sampai mendapat kelikatan yang kita hendak.
- Celupkan peria tadi ke dalam adunan tepung gandum pula dan goreng sekeping2 sampai garing.
- Angkat dan toskan.

*Rasanya pahit dihujung2. Bagi yang nak hilangkan pahit peria, petua orang-orang tua rendam dulu dalam 1 sb air garam/air beras dlm 15mins. Angkat dan toskan. Insyallah, hilang pahitnya

Sedia untuk dihidangkan, yo!



Monday, June 29, 2015

CANTONESE-STYLE STEAMED DORY

HARI ini masuk hari ke 11 kita berpuasa. Yup, pejam celik pejam celik sudah 1/3 bulan kita berpuasa. Memang cepat sungguh berlalu. Dan paling menariknya untuk tahun ini masih lagi berjaya untuk tidak menjejak kaki ke bazar Ramadhan.

Bukan apa, sekadar berjanji pada diri sendiri pada tahun ini selain untuk menjimatkan duit tetapi yang paling penting ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang sama minat (dunia masakan). Dibulan puasa ni memang perlu memperbanyakkan amalan dan sedekah. Tetapi untuk sedekah duit mungkin saya kurang berkemampuan sangat tahun ini jadi saya memilih untuk berkongsi ilmu. Semoga diberkati olehNya :)

Untuk kesempatan kali ini saya ingin kongsikan masakan yang saya buat dua hari lepas, cantonese-style steamed dory atau dalam BM lebih kurang Ikan Dori stim masak ala kantonis.

Saya cuma mengunakan ikan dori beku yang mudah didapati di pasaraya2. Tidak bertulang dan sekejap sahaja masa memasaknya. Jadi sesuai bagi mereka yang tidak cukup masa tetapi masih ingin memasak sendiri untuk berbuka.smile emoticon


CANTONESE-STYLE STEAMED DORY (BroZam)

Bhn2nya:

1 keping ikan dory fillet frozen
2 batang daun bawang
4 sb halia muda potong serong
1 ikat daun sup
2 ulas bawang putih
3 sb kicap cair
Gula secukup rasa
1/4 cwn air
1 sb minyak bijan
2 sb minyak

Cara2nya:


- potong kasar daun sup dan bawang. Ketepikan.
- defrostkan ikan dory dan kukuskan sampai masak dalam 15mins. Angkat ke dalam pinggan.

Untuk kuah: 

- campurkan kicap, air dan minyak bijan dalam satu bekas. Kacau sebati.
- panaskan minyak dan goreng halia sampai naik bau. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar.
- Tambah daun bawang dan sup. Goreng seketika sampai layu.
- Masukkan air kicap tadi dan perasakan dengan gula.
- Goreng sekejap sahaja.
- Angkat dan tuangkan atas ikan tadi.

Enjoy, yo!


Thursday, June 25, 2015

BEZA MENTEGA DAN MARGERIN

SATU artikel berinformatif bagi anda yang ingin tahu perbezaan antara mentega dan margerin. 

Sangat berguna terutama masa sekarang, di bulan Ramadhan, dimana ramai yang sedang atau akan membuat pelbagai kuih-kuih untuk jamuan raya nanti.

Dipetik Dari Utusan Online dan disimpan disini sebagai bahan rujukan saya dan pengunjung-pengunjung blog ini.


ARKIB : 08/11/2013

Mentega atau margerin

MINGGU ini saya akan mengupas topik kelebihan menggunakan mentega dalam makanan terutamanya produk pastri seperti kek dan biskut.

Seringkali ada segelintir orang yang keliru antara mentega dan marjerin. Jika dipandang sekali imbas, kedua-dua lemak ini memang karakternya hampir sama. Tetapi ternyata mempunyai perbezaan yang ketara jika digunakan dalam masakan.

Mentega merupakan produk industri susu kerana bahan utama pembuatannya berasal daripada lemak haiwan atau susu (80-82 peratus) yang diproses menjadi pepejal lemak.

Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.

Mentega mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan enak kerana itulah harganya sedikit mahal. Marjerin pula adalah pepejal lemak lembut yang diproses daripada minyak tumbuhan seperti sawit.

Kita boleh membezakan daripada warnanya. Warna mentega kekuningan pudar manakala marjerin warnanya kuning pekat. Di pasar raya mentega akan dibalut dengan bungkusan aluminium atau kertas dan dijual di bahagian sejuk dingin.

Ciri-ciri mentega adalah ia mempunyai aroma yang kuat dan tajam. Walaupun mentega juga boleh dicairkan dan dijadikan minyak untuk menumis dan menggoreng kacau, namun ia lebih sesuai untuk kek dan biskut.

Terdapat dua jenis mentega yang dijual iaitu yang bergaram dan tanpa garam.

Jika menggunakan mentega yang bergaram anda tidak perlu lagi meletakkan garam dalam kek atau biskut. Tetapi terpulanglah kepada anda jika mahu juga menambahkan garam, tetapi jangan berlebihan.

Mentega tanpa garam lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Tetapi jika menggunakan mentega tanpa garam anda mempunyai pilihan untuk meletakkan garam mengikut sukatan yang anda suka dalam produk bakaran anda.

Apa pun terpulanglah kepada anda untuk memilih jenis mentega mengikut kesesuaian makanan yang ingin anda sediakan.

Sebenarnya menggunakan mentega asli dan segar membuatkan anda berasa puas hati dengan hasil bakaran. Mentega dapat menambah isipadu kek dan biskut selain dapat memberi rasa lemak dan lazat.

Kek yang menggunakan mentega pasti menjadi lembut dan gebu. Jika digunakan dalam biskut pula ia akan menghasilkan rasa rangup pada biskut.

Kelebihan seterusnya jika menggunakan mentega asli, aroma yang dihasilkan menjadi harum dan meningkatkan selera kita untuk menikmatinya.

Aroma yang wangi dan semerbak itu membuatkan ramai yang memilih untuk menggunakan mentega dalam masakan.

Walaupun harga mentega asli sedikit mahal terutamanya mentega tanpa garam tetapi apa salahnya menggunakannya jika hasilnya harum dan sedap.

Mentega adalah produk yang tidak tahan pada suhu panas. Ia mudah mencair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu persekitaran yang panas.

Jadi, sebaiknya anda perlu menyimpan mentega dalam peti sejuk supaya jangka hayatnya boleh tahan untuk beberapa bulan. Berikut adalah beberapa tip dalam kita memilih dan menggunakan mentega.

Pertama pilih mentega yang masih baik bungkusannya Jangan membeli mentega yang sudah terkoyak bungkusannya.

Elakkan menggunakan mentega yang sudah naik cendawan atau mempunyai bintik-bintik hitam. Jika anda tidak habis menggunakan mentega simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

Jangan dibiarkan ditempat yang panas atau terdedah pada cahaya matahari kerana ia mudah mencair.

Jika anda ingin menggunakan mentega untuk membuat kek atau biskut sebaiknya anda biarkan ia lembut dan barulah dipukul.

ArtikelPenuh: 

Wednesday, June 24, 2015

JUS TNS+

HARINI terlalu banyak pula urusan insurance dan roadtax diluar. Kira nasib lah kebetulan kereta saya dan kereta orang rumah kena diperbaharui sebelum hujung bulan ini...huhu.  

Alhamdullilah semua selesai sebelum pukul 4ptg. Pastu singgah Giant sekejap beli beberapa barang keperluan. Tetapi bila dah sampai rumah terasa macam malas nak buat apa-apa. Nampaknya berbuka dengan sardin saja lah harini.

Tahun ini saya macam kurang makan pula tetapi lebih banyak minum air. Sebab dah "terbeli" sebiji tembikai tadi hati terus rasa nak buat jus. Tetapi tidak mahu sekadar jus tembikai biasa, untuk menjadi lebih menarik saya olah sedikit...ala-ala membuat jus detok dengan menambah dua perisa tambahan maka terhasil lah Jus TNS+ (nama rekaan sendiri semata2 hehe). 

Jus apa? Tgk aje lah resepi nanti baru faham :)

JUS TNS+ (BroZam)

Bhn2nya:

> Sepotong tembikai
> Sepotong nenas
> 1 Yogurt perisa strawberry (bekas yg paling kecil)
> 1 cawan air masak
> gula secukupnya

Cara2nya: 


- Masukkan tembikai, nenas dan air masak serta gula ke dalam blender. Blend sehingga gula hancur.
- Tambah yogurt dan sambung blend sampai sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas. Jika suka boleh tambah ais.

Sedia untuk diminum, yo!


Tuesday, June 23, 2015

CARAMEL APPLE JALOUSIE

NI cerita sehari sebelum puasa tempoh hari. Dah beberapa hari beli kulit pastri tapi tidak tahu hendak buat apa. Fikir punya fikir

akhirnya teringat pada satu resepi Anna Olson yang mudah dan senang hendak dibuat.

Cuma ada sedikit olahan iatu resepi asal menggunakan toffee tetapi kerana tiada stok saya guna saja Kopiko. Best juga ada perasa kopi.

Untuk pengetahuan toffee adalah gula-gula diperbuat dengan menukar gula kepada karamel dan dicampur dengan mentega dan kekadang tepung.

CARAMEL APPLE JALOUSIE (BroZam)
Olahan dari resepi Anna Olson

Bhn2nya:


> 1 biji epal hijau - dikupas kulit dan dipotong nipis
> 2 sb gula perang
> 2 sb gula-gula Kopiko (dihancur dengan lesung)
> 1/2 st serbuk kayu manis
> 1 keping kulit pastri jenama Kawan size 8in
> 1 biji kuning telur sebagai eggwash


Cara2nya:

- Panaskan oven 180C
- Untuk inti campurkan gula perang, serbuk kayu manis, gula-gula Kopiko dan hirisan epal. Gaul sebati dan ketepikan.
- Seterusnya untuk kulit pastri. Potong ke tiga bahagian (boleh agak2 atau guna pembaris) menggunakan pemotong pizza:
1) 8cm lebar untuk dijadikan base.
2) 9cm lebar untuk bahagian atas.
3) selebihnya akan dipotong lagi kepada 3 bahagian sama lebar. Bahagian2 ini dijadikan sebagai frame/pagar diletakan sekeliling atas base untuk mengelak inti dari terkeluar semasa memasak.
- Sapukan eggwash keseluruhan bahagian base. Letakkan inti. Pastikan semua didalam frame/pagar.
- Kulit pastri untuk bahagian atas (9cm) dihiris beberapa kali tetapi jangan putus. Tujuan untuk membebaskan wap yang terhasil oleh inti semasa membakar dan juga untuk memudahkan ia meregang dan menutupi sampai bahagian bawah bila diletakan diatas inti.
- Angkat dan letakkan kulit pastri keatas inti dan boleh juga ditekan dengan garfu untuk lekat semua bahagian
- Sapukan eggwash keseluruhan pastri dan taburkan sedikit gula perang dan gula-gula kopiko (jika ada lebih).
- Bakar 10min pertama dalam 180C, seterusnya kurangkan suhu ke 170C dan bakar lagi dalam 20minit atau sehingga masak.

Enjoy masa masih panas, yo!



Friday, June 19, 2015

CENCARU MASAK PEDAS

ASYIK-asyik masak ayam je, hari ini untuk berbuka kita buat masakan ikan pula ye! 

Ada jemputan potluck berbuka bersama kekawan di Shah Alam dan kebetulan semalam terbeli banyak ikan cencaru - ada dekat 10 ekor sederhana besar. 


Jadi sesuai sangat lar :p

CENCARU MASAK PEDAS (BroZam)

Bhn2nya:


10 ekor ikan cencaru - atau apa-apa ikan yang sesuai macam kembung atau pari
serbuk kunyit dan garam
minyak untuk mengoreng
1 labu bawang besar dihiris bulat untuk hiasan

Untuk sambalnya:

(semua bahan dikisar dahulu) 

4 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
10-15 biji cili kering 
sedikit belacan 
^garam/gula secukup rasa - tidak perlu dikisar sekali

Cara2nya:

- Disebabkan untuk potluck, ikan ini dipotong dua supaya lebih ramai boleh makan. Kalau masak untuk sendiri dirumah tak payah la potong.
- Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
- Untuk sambal, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 
- Masukkan kembali ikan dan gaul sebati. Guna api sederhana.
- Lastly, sebelum tutup api masukkan hirisan bawang dan kacau sebentar.


Pack dan ready to go, yo!











Tuesday, June 16, 2015

CUCUR KISMIS

NI satu lagi cucur yang tersangat la jarang, atau mungkin tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Petang-petang macam ni perut terasa berkeroncong pula. Jadi nak buat sesuatu yang simple macam cucur. Kebetulan dirumah tiada pisang tetapi banyak pula kismis didalam peti ais maka terhasil la resepi ini.

CUCUR KISMIS (BroZam)

Bhn2nya:

> 2 cwn tepung gandum
> 1 cwn tepung beras
> 2 cwn kismis
> 1 sb gula perang
> 2 1/2 cawan air
> secubit garam kalau nak

Cara2nya:

> Ala cam kita buat cekodok, masukkan kan aje semua bahan dan kacau sebati
> Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
> Angkat dan toskan minyak.


Sedia untuk di-ngap, yo!





Sunday, June 14, 2015

JUS ALPUKAT

TETIBA teringat semasa pergi Jakarta dan Bali lama dahulu. Semasa disana telah berkenalan dengan satu jus yang sememangnya popular di Indonesia. Jus Alpukat ataupun Avacado Juice.



Diperbuat dari buah avacado yang telah dikisar dan ditapis - senang cerita pemprosesan sama sahaja dengan pemprosesan air buah iatu potong kecil-kecil, kisar bersama air dan bahan pemanis, tuang dalam gelas (tambah ais) dan minum.

Apa yang uniknya jus alpukat ni lebih sedap kerana ditambah coklat cair. Mmm...memang tangkap leleh!

Cara membuatnya memang ringkas tetapi kosnya yang sedikit tinggi menyebabkan hanya boleh dibuat untuk special occassion sahaja (at least bagi saya). Untuk dapat jus yang lebih pekat bagi segelas air sekurang-kurangnya perlu dua buah avacado. Saya beli di Giants, harganya sebiji RM1.99 (Di Aeon Big harganya RM5.99 sebiji wahlau!!). Tapi setelah siap memang berbaloi. 

Kat sini dengarnya jus alpukat boleh didapati di kedai makanan Indonesia macam kedai-kedai ayam penyet tapi so far tidak pernah jumpa lagi. Insyallah, bila ada rezeki dapat try bolehlah saya update harga segelas jus yang kedai-kedai ini jual.

Sekarang diperturunkan lah resepi nya. Jangan lupa cubaTRY ye sebab jus ni sememangnya syok diminum.

Yang Diperlukan:

> 2 biji buah avacado
> 1 cawan full cream milk
> 2 sudu besar susu pekat
> 1/2 cawan air
> chocolate syrup secukup rasa - jenama Hershey atau Delfi. Boleh juga guna cooking chocolate yang dicairkan.
> ais secukupnya

Ready, Set, Go:

- Mula-mula buah avacado dibuang kulit, biji dan kemudian dipotong kecil
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. 
- Jika blender anda tahan mengisar ais boleh lah tambahkan ais juga. Jika tak, ais boleh dimasukkan ke dalam jus kemudian. Terpulanglah. Saya buat dua-dua - blend ais dan kemudian tambah kiub ais ke dalam jus.
- Ambil gelas kosong dan press chocolate syrup sekeliling dalam gelas.
- Air jus tak payah tapis sebelum tuang ke dalam gelas kerana isi avacado ni memang silky smooth 
- Boleh tambah lagi susu jika terasa kurang manis. Dan tambah juga air jika terasa jus terlalu pekat.
- Tuangkan jus dan jika nak boleh juga tambah chocolate syrup diatas tetapi jangan banyak sangat nanti lari pula rasa jus avocado tu.


Letak straw dan sedia di-slurp, yo!












Wednesday, June 10, 2015

SEKADAR PENGKONGSIAN IDEA NIAGA

SEKADAR perkongsian idea niaga menjadikan pelbagai makanan dan juga minuman yang dijumpai dijual samada di pasar-pasar malam, kedai-kedai biasa atau juga online sebagai bahan rujukan untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kelainan dari peniaga-peniaga sebelah. 

Insyallah page ini akan di update sentiasa.


1. ROTI DOLL: Dijual di beberapa restoren sekitar Alor Star. Basically, roti canai banjir, diletak telur separuh masak diatas dan lada sulah.





2. ROTI TERKAP CHEESE: Jumpa di pasar malam bersebelah Pacific Alor Star. Setelah beli baru tau roti burger (ngn inti/patty) dibakar atas bara api dlm alat yg mcm buat kuih kapit.












Friday, June 5, 2015

TOAST IN A CUP

KEKADANG tu nak buat breakfast terlalu simple boring gak. Tapi kalau buat berlebihan bukan breakfast pula namanya.

Semenjak menjadi ahli pelbagai group masakan pelbagai hidangan dapat dipelajari. Tapi akhirnya kembali ke yang simple sahaja bila tiba masa kita nak buat sendiri hehe. Tapi itu tidak bermaksud kita tidak boleh mencipta sedikit kelainan dengan menambah beberapa bahan tambahan.

Contohnya Toast In A Cup nie. Resepi yang simple dan kalau dibelek-belek cuma roti bakar yang dibakar didalam loyang muffin. Tetapi dengan sedikit penambahan, Insyallah, makin indah dipandang - dan yang paling penting sedap juga rasanya.

Tak percaya? Boleh cuba sendiri :)



Toast In A Cup (BroZam)
* untuk loyang 6 cawan

Yang diperlukan:
> 6 biji telur
> 3-6 batang hotdog mushroom blackpepper - dipotong menyerong 
> 6 keping slice cheese
> 6-8 keping roti sandwich - dilenyek nipis dengan rolling pin
> Perisa - lada sulah, lada hitam, cajun dan bbq
> Sedikit marjerin untuk mengoles loyang


Cara2nya:
1. Panaskan oven 180C. Bakar dalam 10-15mins.
2. Oles loyang dengan margerine.
3. Roti yg telah dinipiskan dimasukkan dahulu ke dalam loyang. Tekan ke sekeliling dinding loyang.
4. Masukkan irisan daging hotdog ke dalam roti dan pecahkan telur di atasnya.
5. Perisa boleh ditambah sebelum atau selepas pecahkan telur. Ikut suka.
6. Sama juga dengan slice cheese boleh letak ikut suka.

Keluarkan dari loyang dan sajikan, yo!







Wednesday, June 3, 2015

LALA TEMPE LADA HITAM

RASANYA macam terlalu lama tidak beli atau makan lala. Dulu masa arwah bonda masih hidup dia sahaja yang suka masak, saya pula cuma suka makan. Arwah masak simple je... cuma rebus dengan garam, pandan dan serai kalau tidak silap. Tapi, simple2 pun kejap je abis...almaklum air tangan ibu apa-apa pun sedap.

Kembali ke cerita lala ni. Tah! Le mungkin anak-anak pun macam papa diorang dah terbiasa tengok cerita-cerita Mat Saleh jadi si boboy ni tadi bila nampak mende ni kat Econsave terus suruh beli. Cakap dekat dia papa tidak pernah masak mende ni. Dia jawab and I quote "Apa susah, cungkil sahaja dengan sudu dan sua ke mulut dan telan."

Dengar tak tahu la nak nangis ke gelak. Huk alo, anak! Ni lala ler bukan oyster. Dush! 


Nampaknya, terpaksa la beli untuk bagi dia cuba macamana rasa lala. 

Tapi bila balik rumah, nak rebus terasa cam simple sangat maka terhasil lah resepi ini


Lala Tempe Lada Hitam (BroZam)

Yang Diperlukan:
> 1/2 kg lala
> 1 bungkus tempe (Rm1)
> Segenggam kacang panjang - dipotong2
> 2 sb taucu
> 2 sb kicap manis
> 1 sb lada hitam
> 1 cawan air
> 1 biji bawang besar - separuh ditumbuk halus, separuh dipotong serong
> 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
> 1in halia - ditumbuk halus
> Gula dan garam jika perlu.

Cara-caranya:
- Rebus lala dahulu hingga masak. Boleh diletak serai dan sedikit garam. Ketepikan.
- Goreng tempe separuh masak. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
- Masukkan kicap, lada hitam dan taucu. Gaul sebati
- Masukkan bawang besar dan tempe. Biarkan seketika.
- Tambah secawan air. Biar separuh kering.
- Tambah kacang panjang dan gaul sebati.
- Perasa dengan gula dan garam jika perlu.

Angkat dan hidangkan, yo!




Tuesday, June 2, 2015

TEMPE GORENG CHEESE

HAHA ni resepi bila saya posted di Facebook mendapat pelbagai reaksi yang berbeza. Ada yang menyokong, ada yang memuji kreativitinya dan tidak kurang juga yang merasakan hilang ketulenan masakan tradisional.

Bagi saya mudah saja. Makanan seperti juga benda-benda lain boleh berubah mengikut peredaran zaman dan trend terkini. 

Sekarang heboh pasal pisang goreng cheese kan. Dulu siapa sangka pisang goreng boleh ditambah cheese? Bukan hendak me-mat saleh kan semua tetapi bahan dah ada dan kebetulan bila ditambah masih lagi serasi dengan makanan asal. Jadi, selagi tekak ini boleh menerima (dan opkos, yang penting masih halal) tiada masalah.

Berbalik kepada cerita tempe tadi. Kalau tidak cuba pasti tidak tahu yang tempe goreng juga sedap bila digabungkan dengan keju. 




TEMPE GORENG CHEESE (BroZam)

Bhn2nya:

3 bungkus (Rm1/pc) tempe - dipotong memanjang
1 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 st air kapur
2 sb margerine
300g air suam
Garam

Toppings:
Cheddar cheese parut
Sirap coklat (contoh jenama Hershey)

Gula perang

Optional: cheddar boleh juga dicampurkan dengan sedikit susu pekat. Kemudian digaul dengan tempe goreng.  


Cara2nya:

- Cairkan margerine dengan air suam dahulu
- Masukkan tepung-tepung dan bahan-bahan lain. Gaul sebati.
- Celup tempe dalam bancuhan, panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
- Angkat dan biarkan sejuk skit sebelum letak toppings.

Enjoy, yo!