Wednesday, May 27, 2015

POORI ATAU PURI

TIDAK kisah lah yang mana satu ejaan. Agak-agak bunyi cam puri ni la dia mende nya.

Bahannya amat sedikit dan buatnya pun senang sahaja dalam beberapa steps.

Puri ni berasal dari negara India dan selalunya dihidang sebagai sarapan pagi atau sekadar makanan ringan. Rasanya di sini pun sama sebab selalunya saya cuma boleh jumpa puri ni dikedai-kedai mamak diwaktu pagi sahaja.

Dari pengalaman saya untuk mendapatkan hasil yang terbaik gunakanlah tepung Atta -- sejenis tepung gandum yang kaya dengan protein dan lebih ringan dari tepung-tepung lain. (Tepung ni juga boleh digunakan untuk buat naan dan capati).

Sebelum guna tepung Atta nie, saya dah experimented dengan dua jenis tepung lain untuk tengok jadi macamana.

Experiment I (Tepung Roti): Masa mencanai kecut kembali (tidak stay shape yang dicanai). Rasa ok tp ada unsur-unsur liat.

Experiment II (Tepung Gandum): pun macam tak beberapa jadi.

So finally, guna tepung yg disarankan iatu tepung Atta. Memang menjadi. 

Cerita banyak tak mau. Kita tengok macamana steps nya.

Bhn2nya:
By: DK
Source: www.chefinyou.com

1 cawan tepung Atta
1/4 st garam
1/2 cawan air - rasanya guna lebih sikit untuk dapat doh yang lebih sebati bila diuli. 

Cara2nya: 

-  Campurkan garam kedalam tepung dan gaul.
-  Masukkan air sedikit demi sedikit sampai sambil uli tepung.
- Jika adunan kurang lembut, tambah air tetapi berhati-hati kalau terlebih nanti lembik pula. Uli sampai tepung tak melekat di tangan.
- Setelah itu bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Saya bahagi enam - nanti bila goreng dapat puri lebih kurang bersaiz 6in setiap satu.
- Bentukkan seperti bebola.
- Semasa mencanai. Tekan dahulu dengan tapak tangan bagi leper dan membulat (macam orang buat roti canai). Boleh gunakan rolling pin untuk menipiskan doh. Tapi saya rasa guna tangan pun dah ok especially kalau size roti tu kecil.
- Nasihat dari original resepi, bila lepas uli terus goreng. Tak perlu rehatkan doh supaya puri tak serap terlalu banyak minyak.
- Selalunya dimakan dengan kuah dal hampir kering dan bercampur dengan kentang. Actually, macam roti canai apa-apa jenis kari (seperti kari ayamku) atau juga gula dan susu sesuai juga dimakan dengan puri ni. 

Sila cubaTRY, yo!!






Monday, May 25, 2015

KARI AYAM

MULA-mulanya ingat nak buat menu lain. Tapi entah mengapa tetiba sahaja nak makan kari. So sebab ayam telah defrost kan so kita buat aje la kari ayam.

*Yang bestnya kuah kari ini juga sesuai untuk jadi kuah mee kari. Kalau tidak habis boleh simpan didalam peti ais lepas itu esoknya cuma celur mi kuning (dan kalau boleh tambah accessory tambahan macam tauhu dan sayur sawi), panaskan kuah kari dan campur kedua-duanya. Sodappp weih!!

Bhn2nya:


500g ayam 

1 bungkus (kecil) rempah kari ayam/daging
2 biji ubi kentang
1 kotak 200ml santan segera
1 cawan air - terpulang pada kepekatan yang dikehendaki
garam secukupnya

Untuk Menumis:

3 ulas bawang kecil - tumbuk/hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk/hiris
1/2in halia
1 tangkai daun kari
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
1in kulit kayu manis
minyak untuk menumis

Cara2nya:

- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
- Kemudian masukkan rempah ayam/daging sampai pecah minyak dan masukkan santan. Perlahankan api.
- Masukkan ubi kentang
- Tambahkan air sekucupnya sambil masukkan sedikit garam.
- Bila kari dah masak baru masukkan ayam.
- biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana besar.

Dah siap pun, yo! 










Friday, May 22, 2015

SERAWA DURIAN (PASTE)

BAGI yang nak cepat atau senang cerita malas nak mengopek durian bila hendak membuat bubur/serawa ini dia satu resepi mudah dan cepat.

*Sebenarnya tujuan utama ialah hendak mengabiskan durian paste yang lebih dari membuat crepe durian haritu :)


SERAWA DURIAN (PASTE) BroZam

Cara2nya:
1 cawan durian paste
2 sb gula kabung/gula melaka (selalunya ditambah juga gula pasir tetapi kerana paste durian ni memang sudah manis jadi tak perlu)
2 cawan santan (boleh guna santan segera atau juga I tin susu cair)
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sb sagu (direndam sebentar sebelum guna)
garam secukup rasa

Cara2nya:
- Masak gula kabung dalam air sampai agak-agak mendidih bolehlah masukkan santan dan daun pandan.
- Bila sudah mengelegak masukkan pula paste durian.
- Pastu boleh masukkan sagu. Yang ni sebenarnya optional tetapi kerana kita gunakan paste durian tanpa sagu macam sesuatu yang kurang sebab tak rasa sebarang serat-serat bila makan.

- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan, yo!!





Wednesday, May 20, 2015

ENOKI MASAK HALIA

SELALUNYA cendawan enoki ni dimasukkan didalam masakan bergoreng lain dan terutamanya sup-sup. Boleh juga disalut tepung untuk dijadikan tempura. 

Family saya memang suka makan cendawan termasuklah enoki ni.

Enoki atau enokitake ialah sejenis cendawan berasal dari negara matahari terbit. Sekali pandang ia berbentuk macam taugeh cuma lebih panjang dan putih. 



Kalau mengikut penerangan Wikipedia - cendawan ini juga dikenali sebagai cendawan taugeh, cendawan musim sejuk atau cendawan jarum emas. Di wilayah dunia beriklim sejuk, cendawan tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah mulai musim luruh hingga awal musim bunga. Cendawan ini juga diketahui tumbuh di bawah salji. Cendawan tumbuh di permukaan batang pohon Celtis sinesis (bahasa Jepun: Enoki) yang sudah mereput, sehingga disebut Enokitake (cendawan Enoki). 


Ni dia rupa Enoki bila belum masak. Pix courtesy of idealrecipes.blogspot.com

Harganya pun takde la mahal sangat. Sepeket dalam RM1.

Recently, lepas buat spaghetti carbonara ada lebih sepeket. Since takde idea sangat, masak je gitu guna resepi masak halia. Sodap weih!

Bhn2nya:

1 peket cendawan enoki
2in halia - dipotong 
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
3 sb sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

Cara2nya:

- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau
- Masukkan cendawan dan kacau seketika
- Tambah sos tiram dan sedikit air kalau nak berkuah

Sedia dihidangkan, yo!




Monday, May 18, 2015

NASI GORENG SAYUR SAMBAL MANIS

SETIAP kali menaip perkataan "manis" teringat dialog satu filem (tak ingat tajuk pun) dimana karakter utama dia berkata, "Adik manis, mau makan apa?" :). Kadangkala, entah apa-apa dialog yang melekat kat fikiran kan hehe.

Sekarang ni memang musim sakit mata. Malas pulak nak keluar rumah cari breakfast nanti pekedai pengsan lak tengok mata yang merah menyala ni... takde la merah sampai gitu, gurau aje.

Anyway, checked apa ada kat dapur jumpa nasi semalam yang masih ok lagi. So, rasanya dah tau apa nak buat. Selak-selak apa pulak ada didalam peti ais ambo jumpa dua tiga bahan lagi jadi boleh lah kita buat nasi goreng untuk breakfast pagi ini.

Tapi tah mengapa tetiba takde mood nak makan ayam ngan daging so kita buat nasi goreng sayur. Tapi ni bukan sebarang nasi goreng sayur tp nasi goreng sambal manis yang sendiri reka. Untuk resepi ni saya guna Sambal Belacan Manis Adabi. Kalau kat umah takde, rasanya boleh guna sambal belacan yang ada tapi ditambah gula secukupnya.

So mari la tengok resepi nya, ye.

Bhn2nya:

1 1/2 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 cawan lobak merah
1/2 cawan kacang panjang
1/2 cawan kacang bendi  
garam secukupnya
minyak untuk menumis
2 sb Sambal Manis Adabi

Cara2nya:

- Potong kecil ketiga-ketiga jenis sayur
- Panaskan minyak didalam kuali
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
- Tambah sambal manis Adabi dan kacau sebentar. Guna api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak hangit.
- Masukkan lobak merah dahulu sebab sayur ni selalunya lambat masak. Kacau seketika dan sekarang boleh lah dimasukkan kedua-dua sayur kacang.
- Biarkan sekejap dan boleh lah tambah nasi sekarang.
- Tambah garam atau sebarang serbuk perisa yang anda suka. Cuma jangan tambah gula sebab sambal belacan manis ni dah cukup manis.

Hidangkan, yo!



Sunday, May 17, 2015

KEHEBATAN MADU

Sumber Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

MADU DAN KAYU MANIS - SIAPA PERNAH TERFIKIR?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya madu tetap madu.

Bagaimanapun bila ditinggalkan ditempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan menghablur atau kristallized. Apabila ianya berlaku didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu kedalam air panas dan tutup api dari terus menyala dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.

Tetapi jangan didihkan madu atau masukkan kedalam mikrowave kerana ianya akan merosakkan enzim-enzim berguna dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis BOLEH MENYEMBUHKAN HAMPIR KESEMUA PENYAKIT. Madu boleh didapati di semua negara dunia.

Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan TANPA SEBARANG KESAN SAMPINGAN untuk apa-apa jenis penyakit.

Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat ianya tidak akan menimbulkan kesan buruk termasuk kepada pengidap kencing manis.

Berikut Ini adalah diantara kajian dari saintis barat :

1.PENYAKIT JANTUNG :

Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti jem). Ianya akan mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack).

Kepada mereka yang pernah diserang serangan jantung apabila amalan ini dibuat secara harian ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya.

Penggunaan secara tetap amalan diatas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung untuk mengepam.

Di Amerika dan kanada pelbagai jururawat dirumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

2.RADANG SENDI (ARTHRITIS) :

pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama dengan 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ianya diambil secara tetap pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh.

Dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi.

mereka mendapati bahawa dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya dalam seminggu dan dalam sebulan hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

3.JANGKITAN PUNDI KENCING:

ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman dalam pundi.

4. Kolesterol :

Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol didapati bahawa kandungan kolesterol dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam.

Apabila ianya diambil sebanyak 3 kali sehari sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

5.SELESEMA :
bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus demam dan membersihkan sinus (ruang udara dalam tengkorak sekeliling hidung).

6. PERUT MERAGAM :

Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

7. IMUN SISTEM :

penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

8.TAK HADAM :

Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

9. INFLUENZA :

Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

10. MENGELAKKAN PENUAAN MELEBIHI UMUR : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis bila diambil secara tetap mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari.

Ianya akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun.

(dalam Islam kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan diatas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah umur kita akan panjang)

11. SAKIT TEKAK :

apabila tekak rasa tidak selesa ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

12. JERAWAT :

3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini diatas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu ia akan membuang jerawat dari akarnya.

13. JANGKITAN KULIT :

Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan akan menyembuhkan ekzema dan semua jenis jangkitan kulit.

14.HILANGKAN BERAT BADAN :

Pagi sejam setengah sebelum sarapan pagi, tika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur minum madu dan serbuk kayu manis dalam air suam.

Jika diambil secara tetap ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika diminum secara tetap ianya TIDAK AKAN MEMBENARKAN LEMAK UNTUK BERKUMPUL dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

15. KANSER :

Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

16. TIDAK BERTENAGA:

kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible.

Dr. Milton yang menjalankan kajian ini mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

17. KESUKARAN BERNAFAS :

penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

18. Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Saturday, May 16, 2015

INFUSED DETOX DRINK

TIDAK perlu berbelanja besar dan juga tidak perlu bersusah payah jika hendak sihat dan kurus.

Infused detox drink atau air detok adalah trend terkini yang dikatakan mampu menyahtosik dan sbg bonus err, menyah-lemak...hehe kiranya cam ubat kurus semulajadi.


INFUSED DETOX DRINK (BroZam)

Bhn2nya:
2 biji limau nipis (key lime) - potong2
1 biji lemon - potong2
3-4in halia (ginger) - kupas kulit dan ketuk2
1-2ltr air (sy guna filtered water)

Cara2nya:
- Gabungkan semua didalam satu balang tertutup. Simpan sekurang2nya 4-5 jam sebelum diminum.
- simpan dlm p.ais
- Bila air berkurangan sbb dah diminum, boleh ditambah air baru sampai sekurang2nya 3 hari berturut2. Selepas itu kena buat baru.

Selamat mencuba, yo!!





Kombinasi bahan-bahan lain yang boleh juga digunakan seperti dibawah.

Thursday, May 14, 2015

CAJUN CALAMARI

MALAM ni masak simple je ler... Cajun Calamari. 

Hehe... nama canggih tapi bagi yang tidak tahu, calamari ni actually sotong dalam bahasa Itali. So masakan ni sebenarnya sotong goreng tepung berperisa cajun. 

Cajun pula adalah perisa atau seasoning diperbuat dari campuran beberapa rempah-ratus seperti paprika, oregano dan jintan. Tapi nak mudah boleh sahaja yang dah siap sahaja :)

Berbalik kepada resepi ni. Selalu mat-matsaleh makan sebagai appetizer/pembuka selera tapi malam ni kita buat jadi lauk dengan nasi.

Anak-anak dah kenyang dengan burgers tadi so untuk sendiri makan satu lauk pun cukup.


CAJUN CALAMARI (BroZam)

Bhn2nya:

250-300g sotong putih hiris beberapa bahagian
1/4-1/2 cawan tepung gandum
2 sb cajun seasoning
1/2 - 1 sb garlic salt
1/2 - 1 sb lemon pepper seasoning

Cara2nya:

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam sebuah bekas. Saya guna bekas aiskrim 1liter.
2. Sotong dibasuh dan dikeringkan guna tuala kertas.
3. Masukkan sotong ke dalam bekas aiskrim tadi, tutup dan goncang sehingga/agak-agak sebati (sotong diliputi sepenuhnya dengan tepung)
4. Panaskan minyak. Api sederhana tinggi.
5. Goreng sotong tetapi jangan terlalu lama. Angkat dan toskan.
6. Boleh dihidangkan dengan sos jika perlu (tapi saya rasa seasoning dah cukup).

Enjoy, yo!

Saturday, May 9, 2015

CREAM PUFF SAVOURY SANDWICH

HARI ini nakhoda kapal merangkap tukang masak mintak anak-anak kapal mengecat rumah jadi sebagai reward masak something special untuk breakfast. ( Sebenarnya dah dari malam semalam lagi dah buat tapi sebab keluar pergi dinner tidak jadi makan :)

Resepi ni terhasil dari permintaan group resepi yang saya joined. Tuan tanah tu letak gambar yang dia tengok online (tapi empunya produk tidak bagi resepi) dan minta pendapat ahli macamana nak buat. 

Berdasarkan gambar tu saya rasa dah betul lah apa yang saya buat ni. Kalau tidak pun tercipta gak resepi baru kan :) 

Anyway, alang-alang dah buat tu saya namakan resepi ni Cream Puff Savoury Sandwich.   

Resepi ni terbahagi kepada 3 bahagian: Inti, Choux Pastry dan, gabung dan bakar.

Mula-mula kita kena buat inti daging kisar pedas. Kalau guna ayam pun boleh juga.

Bahan-bahannya: 

400g daging kisar
2 biji ubi kentang dipotong dadu
200g sayur campur
2 biji bawang holland dipotong dadu
50g mentega
30g tepung gandum
50g whipping cream
1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa

Cara-caranya:

1. Cair kan mentega didalam kuali. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
2. Tambah bawang, kentang dan juga daging kisar. Agak-agak kentang dah empuk dan daging hampir masak masukkan sayur campur. 
3. Didih sebentar dan masukkan whipping cream. Tambah garam, gula dan serbuk perisa.
4. Masak hingga pekat. Ketepikan dan biar sejuk.

Seterusnya kita akan buat choux pastry. Choux pastry adalah doh asas kepada cream puff, profiteroles, churros dan banyak lagi.

Bahan-bahannya:

250g air 
125g mentega
1/2 st garam
200g tepung gandum
10g gula castor
6 biji telur

Cara-caranya:

1. Panaskan mentega, air dan garam diatas api sederhana. Kacau selalu. 
2. Bila mentega sudah cair masukkan tepung dan kacau laju selama 3 minit sehingga doh tidak melekat di dinding kuali.
3. Pindahkan doh ke dalam mixer dan pukul guna kelajuan sederhana menggunakkan paddle attachment. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga mendapat konsistensi doh dikehendaki.
4. Ketepikan sebentar.

Bila dua-dua bahan sudah sedikit sejuk, bolehlah kita mulakan proses yang ke tiga.

1. Untuk resepi ini saya mengunakkan loyang springform 8in. Leser loyang dengan minyak masak atau shortening. 
2. Panaskan oven 170C, guna api atas bawah. 
3. Mula-mula masukkan doh choux pastry dan rata kan. Lepas tu kita lapiskan pula dengan inti dan ratakan. Boleh guna belakang senduk untuk ratakan atau kalau rajin paipkan guna beg piping .
4. Akhirnya kita lapis semula doh choux pastry. 
5. Masukkan ke dalam oven. Masak guna api atas bawah 20 minit. Kemudian api atas sahaja dalam 5-10 minit. 
6. Keluarkan dan terbalikkan diatas redai sekejap. 

Sesuai dimakan semasa suam dan juga boleh disimpan didalam peti sejuk. Kemudian boleh dipanaskan menggunakan microwave.

Jom makan, yo!

 

Saturday, May 2, 2015

TAPAI PULUT



SEBELUM tidur malam ini nak berkongsi satu resepi yang sangat mudah tetapi amat lah sedap iatu tapai pulut.

Kebanyakkan kita rajin membeli sahaja sebab kekadang tu mungkin sekadar ingin makan sedikit ialah sekilo beras pulut (bahan utama) banyak bungkus boleh dapat weih.

Tetapi jika teringin buat sendiri ini saya perturunkan resepi dari emak mertua tersayang :)

Selain dari beras pulut, anda juga perlukan ragi untuk proses penapaian. Bagi yang tidak pernah tengok, ni hah dia gambarnya. Satu biji dalam 50sen harganya.




TAPAI PULUT PN KHATIJAH (BroZam)

Bahan2nya:

> 1kg beras pulut
> 2 biji ragi
> sedikit gula
> daun pisang

Cara2nya:

- Kukus dahulu beras pulut
- Setelah masak keluarkan dan letak didalam satu talam. Biarkan sejuk.
- Hancurkan ragi menggunakan lesung atau blender, dan boleh lah ditambah sedikit gula dalam satu sudu teh. Taburkan diatas pulut tadi dan gaul sehingga sebati.
- Daun pisang tidak perlu dilayurkan. Cukup sekadar dibersihkan. Potong dalam bentuk segiempat.
- Senduk lebih kurang satu sudu besar dan letak didalam daun pisang. Lipat macam bungkusan nasi lemak.
- Simpan didalam peti ais. 

*Seelok-eloknya dimakan sehari lepas dibuat. Boleh dapat dalam 60 bungkus.

Sedap, yo!





Friday, May 1, 2015

PASAR KARAT KG BERJAYA

SELAMAT Hari Pekerja 2015 pada yang berkerja ler... bagi yang tidak atau setakat sura rumah macam saya ni tiada perbezaan ketara :). Cuti tahun ni kebetulan hampir dengan Hari Wesak maka kebanyakkan pekerja mendapat empat hari berturut cuti dari Jumaat sampai Isnin ni. 

Ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung termasuklah saya dan keluarga. Jadi tidak hairan lebuhraya sangat sibuk sepanjang perjalanan macam masa-masa balik beraya la pulak. Kampung kami nun jauh di Utara, perjalanan kebiasaannya mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam tapi disebabkan keadaan trafik jem yang teruk (bagi kami seawal jalan Damansara-Rawang) kali ini perjalanan mengambil masa 8 1/2jam, termasuk satu jam tidur di Petronas Sungkai.


Penat, mengantuk dan kaki lenguh, nasib orang rumah boleh memandu. Dari Gunung Semanggol sampai ke Gurun beliau ambil alih jadi dapat la saya berehat dahulu. Lepas Gurun saya ambil alih balik dan Alhamdulillah sampai pada masa yang "tepat". 


Selalunya setiap kali balik Alor Setar, bila berkesempatan saya akan berkunjung ke satu tempat favourite - kiranya cam heaven bagi kaki pasar karat/barang antik/carboot sales - di Pasar Kg Berjaya. 




Pada hari-hari lain, pasar Kg Berjaya ni sekadar pasar ikan/sayur biasa tetapi pada hari Jumaat berubah dan "mengembang" dengan kehadiran peniaga-peniaga lain menjual pelbagai barang-barang baru, lama, antik sehingga yang pelik dan unik. Dan yang lebih menariknya dengan tersiapnya beberapa barisan rumah kedai baru di sebelah pasar ini, lebih banyak "tapak-tapak" (tempat letak kereta) yang boleh digunakan oleh peniaga-peniaga hari Jumaat.


Setiap kali pergi ke sini saya akan bertolak dari rumah dalam jam 8pagi. Sampai disitu dalam jam 8.30pagi. Selalunya, bahagian "pasar karat" baru dibuka dalam jam 9pagi. 



Saya memilih untuk pergi lebih awal kerana satu sebab... nak dapat parking yang terdekat untuk memudahkan saya menyimpan barang-barang yang telah dibeli kedalam kereta sebelum pergi semula berjalan-jalan disitu. Tak kuasa la nak menarik troli barang macam makcik-makcik yang pergi pasar tu :)

Terus-terang saya katakan selalunya saya akan "tawaf" tempat ni sekurang-kurangnya tiga kali supaya tidak terlepas barang-barang yang lebih menarik.






Masa "Tepat"

Untuk sesi kali ini, kerana jam sudah menunjukkan 7.30pagi kami putuskan untuk pergi terus ke pasar Kg Berjaya sebelum pulang ke rumah mertua. Dari lebuhraya kami keluar ikut Exit Alor Star Selatan, kemudian memandu terus ke arah pusat bandar. 


Bagi yang kurang arif, tempat ni tidak jauh dari Aeon Big Alor Star. 


Seperti yang dijangkakan, kali ini pasar karat tidak mengecewakan. Pelbagai barang dapat kami lihat dan juga tertarik hati untuk membeli. Dan yang paling penting sangat dapat berjimat, bayangkan jeans budak perempuan yang masih nampak macam baru semurah RM3 sehelai atau acuan kuih apam (kecil) hanya satu ringgit.


Walaupun sedikit penat kami masih mampu tawaf dua kali :) Cuma sedikit nasihat, kalau anda jenis suka "hunting" barang-barang tidak digalakkan membawa bersama anak-anak kerana mereka mudah cepat bosan dan kemudian merenget-renget nak balik awal.


Maaf, lupa pula nak ambil gambar barang-barang yang kami beli tadi sebab teruja nak balik cepat ke kampung jumpa mertua...hehe