Thursday, January 7, 2016

KERABU TAUGEH DAN KACANG PANJANG

JENGOK-jengok dalam peti ais tengok ada taugeh dan kacang panjang. 

Taugeh ni actually plan asal nak buat char kuey tiow tapi terasa cam malasssss je harini. Pastu kacang panjang ni lebih dari buat ayam masak merah ala Thai semalam.

Satu lauk dah siap - siakap masam manis. So pikir punya pikir since tiada sayur lagi saya decided buat kerabu sodap gak ni.





KERABU TAUGEH DAN KACANG PANJANG (BroZam)

Bhn2nya:

1 mangkuk kacang panjang - dipotong pendek-pendek 
1 mangkuk taugeh 
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
3 sb kelapa parut - boleh juga guna kelapa kering (descicated coconut) 
1 sb kerisik kelapa
1/2in belacan - dibakar
Sedikit garam

Cara2nya:

- Untuk mencelur sayur, mula-mula panaskan air dalam periuk sampai mengelegak. Tutup api dan masukkan kacang panjang dan taugeh. Kacau dan tengok bila kacang panjang tukar warna hijau terang boleh lah angkat dan toskan air.
- Belacan, bawang dan cili padi ditumbuk kasar.
- Campurkan ke dalam sayur-sayur tadi
- Satukan dengan kelapa parut dan kerisik. Gaul hingga sebati.
- Tambah garam dan rasa. Jika rasa kurang boleh tambah lagi sampai puas hati.

That's all, yo!













Monday, January 4, 2016

MURTABAK MAGGI

SELAIN dari masak berkuah, mee segera Maggi boleh juga diolah menjadi satu lagi hidangan yang sangat sedap dan amat digemari bukan sahaja kanak-kanak tetapi yang dewasa juga.

Murtabak Maggi seperti juga yang original mee berkuah sangat mudah untuk disediakan. Malah bahan-bahannya pun tidak banyak.

Tapi seperti biasa bila makan instant food ni kena lah berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan nanti tak elok untuk kesihatan.

Oppsss, sebelum terlajak nasihat apa kata kita terus tengok bagaimana nak buat resepi mudah dan enak ini.




MURTABAK MEGI (BroZam) 

Bhn2nya:
Source: Maggi Malaysia

2 peket Mi Maggi perisa Kari
1 sb minyak masak
100g ayam/hotdog cincang
5 biji telur
2 sb daun sup - dicincang
3 sb bawang besar - dicincang

Cara2nya:

- Celur mi tanpa perencah selama dua minit kemudian tos kan
- Satukan semua bahan-bahan lain didalam satu mangkuk dan digaul bersama perencah kari Maggi (yang terdapat didalam peket mee segera tadi)
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi. Gaul sebati
- Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan goreng murtabak Maggi selama tiga minit.
- Terbalikkan dan goreng lagi 3 minit.
* untuk mudah menterbalikkan murtabak guna pinggan atau dirumah saya gunakan bahagian bawah springform baking pan. Kalau cuma guna sudip sure boleh rabak murtabak dan jadi tak cantik.

Hidangkan panas-panas, yo!







Sunday, January 3, 2016

KUAH KACANG DAL

KALAU rajin buat roti canai atau puri, mesti rajin juga buat kuah dal. Selain dari kuah kari, kuah dal juga perlengkap hidangan-hidangan diatas.

Seperti di restoren-restoren mamak selalunya kuah ini yang akan dihidangkan bila kita order roti puri.

Terpulang pada selera masing-masing boleh dibuat pekat atau cair dengan hanya menambah atau mengurangkan kentang atau kacang dal.

Kuah dal yang tidak habis boleh disimpan didalam peti ais dan bila nak guna just reheat. Dan kalau nak simpan lebih lama boleh juga disimpan didalam freezer. 




KUAH DAL (BroZam)

Bhn2nya:

1 cawan kacang dal
3 cawan air
3 biji kentang saiz kecil - dipotong dadu
1/2 st serbuk kunyit
3 biji cili hijau - dipotong
sayur campur - saya ambil lebih lobak
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya

Bahan B

1in halia - dimayang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 tangkai daun kari
1 sb rempah campur (kulit kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang dll)
1 st biji sawi

Cara2nya:

- Rebus kacang dal dalam periuk. Bila mendidih masukkan serbuk kunyit. Kacau.
- Apabila kacang dal dah agak empuk, masukkan kentang. Rebus semua sampai empuk
- Kemudian masukkan cili padi. Kecilkan api.
- Didalam kuali lain, panaskan minyak.
- Tumis semua bahan A sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan dal tadi.
- Tambah garam dan gula secukupnya.

Hidangkan segera, yo!!









Friday, January 1, 2016

ROTI PERANCIS CHEESE

HAPPY new year, selamat tahun baru... pada yang menyambutnya lah. Bagi saya hari ini, macam hari-hari semalam, sama sahaja.

Tiada sambutan istimewa dan kalau tidak kerana rancangan-rancangan TV yang saya tengok asyik berulang kali mengucap selamat tahun baru mungkin saya tidak perasan yang kita sudah melangkah ke 2016.

Cuma yang saya tahu tahun ini akan menjadi tahun yang amat mencabar terutamanya bagi yang bekerja sendiri kerana harga-harga barang keperluan dan juga baking dijangka terus naik. Hmm...

Tapi seperti biasa saya tidak suka stress-stress dengan benda yang belum berlaku sehingga ia sudah berlaku. Jadi untuk malam ini lebih baik fikir tentang apa yang saya nak isikan didalam blog ini.

Something simple, mudah dibuat tapi yang penting sedap untuk kami nikmati.

Untuk resepi pertama yang saya ingin kongsikan pada hari pertama di tahun baru ini terima lah...jeng, jeng, jeng... Roti Perancis Cheese.

Sebenarnya ini adalah resepi roti john yang diubahsuai menggunakan roti perancis.




ROTI PERANCIS CHEESE (BroZam)

Bhn2nya:

(Inti)
1 btg roti Perancis (baru, jgn beli yg dah keras)
200g daging ayam cincang
2biji bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 sb serbuk kari
1/2 sb serbuk garam masala
Serbuk perasa dan serbuk lada hitam secukupnya

(untuk roti)
2 biji telur
Cheddar slice, serbuk parmesan dan shredded mozzarella secukupnya
Sos cili/tomato/lada hitam
Mayonis
hirisan tomato

Cara2nya:
- Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk garam masala.
- Goreng daging sampai masak. Perasakan secukupnya.
- Tutup api dan biar sejuk.

Untuk roti:
- Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
- Sebab saya akan masak dalam kuali ajaib dan roti Perancis agak2 panjang saya potong kepada dua bahagian.
- Setiap satu bahagian kita potong memanjang pula tetapi jangan bagi putus.
- Sapu permukaan roti dengan marjerin dan letak atas kuali ajaib tadi. Gril sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali ajaib, guna senduk dan ambil inti tadi secukupnya ratakan atas kuali.
- Susun slice cheddar secukupnya diatas inti. Tabur pula serbuk parmesan dan shredded mozzarella.
- Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu, tutup kuali ajaib dan terbalikkan untuk masak bahagian atas roti sekejap. Siap!
- Letak salad pilihan anda. Saya cuma letak tomato sebab anak-anak tak berapa suka sayur.
- Akhir sekali curah sos cili, tomato, lada hitam dan juga mayonis.
- Lipat dan angkat keatas pinggan. Potong kepada beberapa bahagian untuk mudah makan.

Enjoy, Yo!!